EURUSD Analisa Fundamental Harian 3 Aug 2015

28

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-008

Euro Dollar yang meningkat lebih 185 pips pada pagi Eropah Jumaat lalu, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.1115, kembali susut lebih 135 pips pada petangnya; selepas data Chicago PMI dilaporkan lebih baik dari jangkaan, 54.7 berbanding 50.7, yang sekaligus meningkatkan sentimen kenaikan “interest rate” AS pada September ini.

Di pasaran Eropah, harga pengguna teras jatuh sedikit sahaja sepanjang 2014 dan juga telah pulih semula secara perlahan ke dalam 2015. Ini adalah kerana kesan harga minyak yang lebih rendah.  Dalam keadaan ini, angka teras adalah lebih relevan kepada bank-bank pusat terutamanya dari segi pengaruh terhadap inflasi, kerana sedikit sebanyak ia boleh mengawal harga tenaga dan bahan api.

Di pasaran Amerika Syarikat pula, Dollar memantapkan kedudukan untuk berada di paras berhampiran satu minggu tertinggi berbanding dengan sekumpulan mata wang; dan berada pada landasan untuk menghampiri 2% kenaikan bulanan.  Data pertumbuhan terbaru AS menyokong Federal Reserve untuk menaikkan “interest rate” pada tahun ini.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat