EURUSD Analisa Fundamental Harian 30 Apr 2015

35

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-004

Euro Dollar terus memacu naik lebih 220 pips sepanjang 3 sesi dagangan Rabu semalam, untuk mencapai paras tertinggi sekitar 1.1185, sebelum menutup sekitar paras 1.1125; selepas perbincangan krisis ‘Grexit’ mula menampakkan perubahan dan data-data ekonomi Amerika Syarikat yang lemah menyebabkan pasaran mula menjual Dollar, lantaran spekulasi kenaikan “interest rate” AS pada Jun ini mula pudar.

Di pasaran Eropah, ada sedikit keraguan sama ada Greece boleh mendapatkan dana yang mencukupi dari pihak berkuasa tempatan untuk memenuhi komitmen pada Mei; Akhbar Kathimerini melaporkan kerajaan Greece memerlukan sebanyak €400 juta bagi membayar gaji dan pencen pada bulan ini.  Pertengahan Mei mungkin bakal menjadi “masa krisis” untuk Greek, ekoran mesyuarat Eurogroup pada 11 Mei adalah bertepatan dengan satu lagi pembayaran kepada IMF pada hari berikutnya, menurut penganalisis Bank of America Merrill Lynch.

Greece mungkin mempunyai dana yang mencukupi untuk memenuhi pembayaran kepada IMF pada 12 Mei, selepas mendapatkan dana perbendaharaan tempatan. Tarikh penentu adalah pada 20 Julai apabila bon yang dipegang oleh ECB datang untuk penebusan, lapor Chris Attfield, pakar strategi di HSBC.  Apa yang pasti Greece bakal berdepan masalah besar untuk membayar bunga dan pokok yang berjumlah lebih kurang €7 bilion pada ketika itu nanti.

Euro meningkat melebihi $1.10 untuk kali pertama dalam tempoh tiga minggu pada Rabu semalam, disokong oleh data yang menunjukkan pemulihan ekonomi Euro-Zone sedang mengumpul momentum dan para pelabur yang mula mengurangkan pembelian Dollar.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat