USDJPY Analisa Fundamental Harian 30 Apr 2015

38

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-004

Dollar Yen berada dalam dagangan ‘ranging’ Rabu semalam, walaupun menutup lebih tinggi dari pembukaan, dengan pergerakan sekitar 70 pips; dari paras tertinggi harian sekitar 119.35 ke serendah 118.60.  Mesyuarat FOMC awal pagi tadi menyaksikan laporan GDP US yang jauh meleset dari jangkaan, 0.2% berbanding 1.1% dan 2.2% pada sebelumnya.

Kadar pulangan Bon Perbendaharaan AS jatuh kembali di bawah 2% berikutan laporan itu, ekoran harapan untuk kenaikan “interest rate” pada Jun ini telah musnah. Malah kenaikan pada September juga nampaknya pudar, walaupun tidak boleh dinafikan bahawa beberapa faktor terlibat dalam bacaan GDP ini, yang bersifat sementara.  Suku pertama 2014 menyaksikan angka pertumbuhan lebih teruk, namun tidak mempunyai apa-apa kesan untuk sepanjang tahun itu. Malah, sepanjang tahun lepas prestasi Dollar adalah sangat memberansangkan.

Di pasaran Jepun pula, hari ini Bank of Japan bakal mengeluarkan kenyaan berkenaan dasar monetarinya dan dijangka mengekalkan “interest rate” pada 0.1% serta pembelian bon JGB pada ¥80 trilion dan dana ETF pada ¥3 trilion.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat