Evergrande Terpaksa Merempat, Bangunan Ibu Pejabat Hong Kong Dirampas

9,787

‘Dah cakap dah haritu mesti banyak benda lagi kena rampas ni.’

Sudah jatuh, ditimpa tangga pula buat China Evergrande Group apabila  terpaksa melantik seorang penerima untuk merampas ibu pejabatnya di Hong Kong.

Menurut sumber dari China, Evergrande sebelum ini sudah beberapa kali cuba untuk menjual bangunan ibu pejabat 26 tingkatnya bagi mengumpul dana supaya boleh membayar hutang.

Difahamkan bahawa penjualan aset tersebut boleh menjana $1.7 bilion, yang boleh digunakan untuk melangsaikan hutang keselurhan syarikat berjumlah $300 bilion, namun gagal mencapai persetujuan.

Hal ini kerana semasa percubaan penjualan pada Julai, 3 pembida telah menawarkan harga di bawah $.127 bilion yang dianggap syarikat tidak boleh diterima memandangkan ia jauh tersasar dari nilai sebenar.

Berbalik kepada cerita asal, menurut sumber tersebut lagi para pelabur telah melantik China Citic Bank untuk mengetuai pencagaran bangunan Evergande Hong Kong tersebut.

Setakat ini pihak Evergrande dan Citic Bank enggan memberi sebarang kenyataan lanjut mengenai rampasan bangunan ibu pejabat tersebut.

Suka diingatkan bahawa Evergrande kini berada di bawah tekanan untuk melangsaikan hutang on-shore dan off-shore, sehingga memaksa campur tangan kerajaan China.

Antara yang terbaharu adalah kerajaan China telah memaksa Evergrande menjual sejumlah besar pegangannya dalam Shengjing Bank Co bagi melunaskan hutang, yang turut memberi kesan kepada ekonomi Beijing.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat