Evergrande Terus Tabur Janji, Ingat Rakyat China Nak Percaya Ke?

744

Evergrande berjanji untuk menyambung semula projeknya yang terhenti ketika pemaju cuba memujuk pembeli rumah yang enggan membayar gadai janji untuk pembangunan yang belum siap.

Difahamkan, syarikat itu akan memulakan semula pembinaan ke atas 38 pembangunan pada 30 September. Sebagai rekod, ia telah menyambung semula pembinaan pada 668 daripada keseluruhan 706 projek.

Pemaju China kini berdepan tekanan untuk menyiapkan rumah prajual selepas pembeli yang berang di seluruh negara berhenti membuat pembayaran pinjaman.

Dalam pada itu, pihak berkuasa China sedang berusaha untuk memastikan syarikat hartanah menyelesaikan pembangunan pangsapuri. Ekoran itu, semua pembangunan di bandar Zhengzhou yang terhenti perlu disambung semula selewat-lewatnya pada 6 Oktober.

Sebagai bantuan, kerajaan pusat telah mengambil langkah dengan menawarkan 200 bilion yuan dalam bentuk pinjaman khas untuk memastikan projek perumahan yang tergendala dihantar kepada pembeli.

Kerajaan tempatan pula menggesa pembina untuk mengumpul dana dengan menjual tanah yang belum dibangunkan dan aset lain, di samping platform pembiayaan yang ditubuhkan oleh pihak berkuasa akan mengambil alih projek pemaju yang mengalami masalah kecairan.

Bukan itu sahaja, malah pembuat dasar juga memudahkan sesetengah pemaju mengumpul dana di pasaran bon tempatan. Walaupun begitu, Evergrande masih gagal untuk memanfaatkannya.

Evergrande kini sedang mengusahakan pelan penstrukturan semula hutang luar pesisir, yang bertujuan untuk diumumkan dalam tahun ini selepas gagal menyampaikan pelan awal pada Julai seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat