Facebook Kini Boleh Pamer NFT, Bersedia Untuk ‘Flex’ Koleksi Anda!

471

‘Zaman kegemilangan NFT kembali?’

Pencipta non-fungible tokens (NFT) akhirnya boleh mempamerkan karya mereka dalam tab ‘koleksi digital’ pada aplikasi Facebook milik Meta Platforms Inc.

Sistem sokongan NFT pada paparan timelines pengguna Facebook tersebut telah diperkenalkan oleh pengurus program teknikal Meta, Navdeep Singh menerusi Twitter pada Khamis.

Ulas jurucakap Meta, pelancaran NFT di Facebook akan beransur-ansur diakses bermula dengan pencipta terpilih di Amerika Syarikat (AS).

Selain itu, syarikat turut merancang sistem sokongan bagi membolehkan pencipta NFT menyiar silang (cross-post) karya mereka antara Facebook dan Instagram.

Difahamkan bahawa Instagram juga sedang menguji NFT pada platform augmented reality, Spark AR.

Sebagai rekod, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Meta, Mark Zuckerberg mengumumkan percubaan NFT pada Instagram pada Mei dan diikuti pada Facebook.

Tambahnya, aplikasi lain milik syarikat termasuk WhatsAPP dan Messenger juga dirancang untuk mendapat sokongan paparan NFT kelak.

Umumnya, Instagram sedang meningkatkan keupayaan NFT kepada pengguna AS minggu lalu untuk membenarkan aset yang dicetak pada rangkaian Ethereum dan Polygon boleh dipaparkan, dan diikuti aset dari rangkaian Solana dan Flow.

Dalam pada itu, usaha berterusan Meta untuk mengembangkan Web3 tersebut tidak selalunya indah apabila percubaan melancarkan stablecoin Diem telah mendapat tentangan pengawal selia pada Februari lalu.

Pada sisi berbeza, Meta difahamkan memfailkan tanda dagang Meta Pay bagi menggantikan Facebook Pay.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat