FED Berhenti “Bailout” Bank-Bank Besar Amerika

46

Fed secara rasmi telah menerima undang-undang baru yang akan mengehadkan keupayaannya untuk memberi pinjaman wang kecemasan kepada bank-bank. Secara teori, undang-undang baru ini telah membatalkan tanggapan bahawa yang Bank-Bank Besar Dunia/Wall Street Banks ‘too big to fail’. Ini bermaksud mereka possible untuk “gagal” kali ini. Realitinya, kerajaan perlu menyelamatkan mereka semasa krisis.

Sekatan baru dari Fed ini merupakan Akta Dodd-Frank tahun 2010, yang membawa gelombang reformasi selepas krisis kewangan. Untuk pengetahuan anda, Undang-undang ini digubal pada bulan Julai 2010, bertujuan untuk mengelakkan satu lagi krisis kewangan yang ketara dengan mewujudkan proses pengawalseliaan kewangan baharu yang menguatkuasakan ketelusan dan akauntabiliti dalam pelaksanaan kaedah-kaedah bagi perlindungan pengguna.

Jadi, di bawah rang undang-undang ini, mana-mana bank yang akan bangkrap atau kelihatan/hampir akan bankrap tidak lagi boleh menerima bantuan dana kecemasan dari Fed walaupun dalam keadaan apa sekalipun. Tambahan, jika undang-undang ini dilaksanakan sebelum berlakunya krisis kewangan sebelum ini, ia pasti akan menghalang Fed dari memberi pinjaman kepada syarikat gergasi AIG(AIG) dan Bear Stearns(Bank yang telah bankrap pada tahun 2008).

federal-reservemoshedfx01

Ahli Politik Demokrat, Senator Elizabeth Warren menolak pembaharuan Fed untuk menamatkan pinjaman kecemasan kepada bank-bank yang memerlukan pinjaman. Dia tidak berfikir bahawa undang-undang baru ini akan membawa Fed lebih maju ke hadapan lagi. Beliau mengatakan,”Masih terdapat kelemahan bahawa Fed boleh mengekploitasi untuk menyediakan satu lagi ‘bailout’/bantuan kewangan melalui pintu belakang kepada institusi kewangan gergasi”.

Pada pandangan awal, peraturan baru ini seperti tidak masuk akal. Jika bank akan bankrap, hasil dari pembayaran cukai dari warga Amerika tidak boleh membantu/menyelamatkan ia? Walau bagaimanapun, ia adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa peraturan baru ini membolehkan Fed berkuasa menilai dengan sendiri firma mana yang boleh menerima bantuan kewangan. Jadi, Fed masih boleh memberi pinjaman kepada bank-bank yang dalam kecemasan, tetapi bank mesti berupaya untuk membayar balik bantuan pinjaman tersebut. Persoalannya, kegawatan sesebuah bank sangat sukar dinilai.

Dalam masa yang sama, Paul Ashworth, Ketua Ekonomi Amerika Syarikat di sebuah firma penyelidikan berkata,”Ia amat sukar untuk menilai dan menjangka pada masa sebenar bilakah sesebuah syarikat itu tidak mampu membayar hutang atau hanya menghadapi masalah kecairan kerana ia mustahil untuk mengetahui nilai aset sebenar sesebuah syarikat itu”.

Itulah sebabnya Warren mahukan garis panduan yang jelas.

“Terpulang kepada Kongres untuk menutup kelemahan mereka dan memastikan bahawa pinjaman kecemasan dari Fed adalah terhad untuk melindungi ekonomi dan bukan untuk menyelamatkan beberapa bank yang disukai sahaja,” Warren berkata.

Peraturan ini adalah yang terbaru dalam siri pembaharuan Fed untuk bank terbesar dalam usaha untuk mengelakkan krisis yang akan datang. Fed juga melakukan ‘ujian tekanan’ ke atas bank-bank untuk melihat bagaimana mereka merencana dan melaksanakan strategi dalam menangani senario krisis kewangan. Ia juga memaksa bank-bank untuk meningkatkan jumlah wang tunai mereka yang dirahsiakan untuk mengharungi detik-detik kecemasan akan datang. Peraturan ini sekaligus dilihat sebagai tanda amaran dari Fed kepada bank-bank besar supaya tidak mengharapkan lagi ‘Bailout’. Yellen menegaskan bahawa pinjaman kecemasan kepada bank-bank adalah pilihan terakhir. Yellen berkata Fed ‘telah lama mempunyai’ kuasa dalam pinjaman, tetapi ia hanya digunakan dengan ‘berhati-hati’ dan dalam ‘krisis kewangan yang teruk’.

Dapatkan bantuan modal berupa 100% bonus jika anda buka akaun dengan SaracenMarkets sekarang – KLIK SINI untuk Dapatkan Bonus Segera! 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat