Firma $160 Billion Mula Keluarkan Dana, Kurangkan Risiko Pelaburan

51

Ray Dalio yang mengurus dana pelaburan berbillion dolar dan juga pengasas firma pelaburan Bridgewater Associates, menyatakan kebimbangannya terhadap Presiden Donald Trump sejak beberapa bulan yang lalu selepas beliau menarik keluar beberapa pelaburannya yang telah dilakukanya pada awal-awal perkembangan politik dan ekonomi US.

“Saya melihat bagaimana konflik ini ditangani sebagai panduan, dan saya tidak yakin,” tulis Dalio di Linkedln semalam. Tambah beliau, “Saya akan terus memerhati bagaimana konflik ini dikendalikan sambil mengurangkan sedikit risiko pelaburan yang tidak diurus dengan baik”.

Dalio, yang mengasas firma pelaburan bernilai $160 billion, Bridgewater Associates pada awalnya yakin dengan keupayaan Trump untuk meransang ekonomi melalui pelan pembaharuan cukai, pengurangan regulasi dan pelan infrastruktur.

Namun sejak beberapa bulan yang lalu, beliau mula menyatakan kebimbangannya terhadap pentadbiran Trump, termasuk polisi dagangan dan imgresen. Pada awal bulan ini, beliau mencadangkan para pelabur untuk meletakkan sedikit aset mereka ke dalam pelaburan emas supaya terhindar daripada risiko politik dan ekonomi

Semalam, Dalio berkata Amerika kini terbahagi kepada ekonomi dan sosial seperti tahun 1930-an yang lalu apabila dunia mula-mula menderita kerana kemelesetan (Great Depression). Trump sentiasa mengatakan ekonomi sedang berkembang baik, namun Dalio menjelaskan pemerhatian yang lebih teliti akan mendapati jurang yang sangat besar pada sektor kewangan.

“Hal ini jelas apabila ada sebahagian daripada mereka berada dalam keadaan yang sangat senang, ada sebahagian pula begitu susah, dengan jurang perbezaan kekayaan dan pendapatan menjadi sangat besar sejak 1930-an.” tulis beliau.

Beliau mengatakan pembahagian ini akan mewujukan suasana dimana orang akan berjuang untuk pandangan mereka sendiri berbanding mencari persamaan. Beliau turut menjelaskan bahawa tiada risiko besar pada ekonomi ketika ini, tetapi “kebimbangan berterusan terhadap konflik dalaman dan luaran akan memberi kesan kepada kecekapan kerajaan serta akan menambahkan konflik yang lain.”

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat