Gabenor Poloz Masih Memerhati Risiko dalam Pasaran Perumahan

39

Menurut Semakan Sistem Kewangan Bank of Canada, tahap risiko dalam sistem kewangan Kanada masih tidak berubah sejak enam bulan lalu.

Bank pusat sebenarnya masih memerhati dua perkara dalam sistem kewangan Kanada yang mampu memberikan risiko iaitu, isirumah yang mempunyai pinjaman tinggi dan pasaran perumahan yang tidak stabil. Kedua-dua aspek ini selalunya akan bergerak seiring yang boleh dilihat di negara-negara lain.

Gabenor Poloz menyatakan dalam majlis ini, bahawa pihak bank pusat boleh membezakan antara kedua-dua risiko ini khususnya apabila pihak kerajaan menggunapakai polisi-polisi hutang perumahan yang baru yang akan mengurangkan aktiviti dalam pasaran perumahan. Bagi beliau ia masih tetap memberi impak kepada hutang isirumah yang sangat tinggi.

Terdapat satu lagi aspek dalam pasaran kewangan yang memberi kerisauan kepada bank pusat, iaitu kecairan dalam pasaran bon Kanada.

Sejak Jun, kadar isirumah yang mempunyai hutang tinggi semakin meningkat di banyak negeri seperti Toronto dan Vancouver.

Ketidakseimbangan di beberapa pasaran perumahan menjadikan sebarang kejutan ekonomi akan menyebabkan kejatuhan harga yang begitu besar. Menurut bank pusat, polisi yang macro-prudential akan membantu mengurangkan risiko kestabilan kewangan dari masa ke semasa.

Poloz juga menyatakan peningkatan dalam hasil-bon (bond-yields) akan menaikkan kos pinjaman dan bank pusat masih memerhati pergerakan ini. Beliau juga menyatakan risiko kepada harga minya sebelum ini sudah semakin baik dengan peningkatan harga baru-baru ini dan keyakinan dalam pasaran ini pada tahun 2017.

Secara keseluruhan, beliau dilihat tidak memberikan sebarang isyarat tentang polisi monetari. Poloz dilihat lebih yakin inflasi akan meningkat ke tahap sasaran yang mana memberi isyarat bank pusat Kanada tidak akan menggunakan pelonggaran polisi dalam masa terdekat ini .

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat