Gangguan Perdagangan Antarabangsa Adalah Ancaman Besar Buat New Zealand : English

166

Perdana Menteri New Zealand, Bill English pada Jumaat mengumumkan dorongan baru untuk menggalakkan dasar perdagangan bebas di dalam pengumuman dasar pertama sejak mengambil alih jawatan tersebut pada Disember lalu.

$180 Billion daripada perdagangan ekonomi New Zealand bergantung kepada eksport dan menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap perjanjian perdagangan Trans-Pasifik. Dalam masa yang sama, New Zealand juga dikatakan sedang merangka langkah selanjutnya terhadap perjanjian perdagangan bebas dengan China ketika pertemuan dengan Menteri China Li Keqiang pada Isnin.

Bill berkata pada Jumaat bahawa kerajaan kanan pusat menggesa perjanjian perdagangan bebas bagi menampung sebanyak 90 peratus daripada barangan yang dieksport pada tahun 2030 nanti.

Jumlah itu dikatakan meningkat lebih separuh daripada jumlah eksport New Zealand ketika ini.

Memetik kenyataan English di Auckland pada Jumaat, ancaman kejayaan terbesar buat ekonomi semasa ialah gangguan perdagangan antarabangsa.

Kerajaan New Zealand kini dalam proses rundingan perjanjian perdagangan dengan negara-negara Teluk dan Kesatuan Eropah.

Ucapan English ini juga sejajar dengan komen daripada Gabenor Bank Pusat New Zealand, Graeme Wheeler yang mengatakan pada awal bulan ini bahawa perlindungan AS merupakan sumber utama bagi ketidaktentuan ekonomi dunia.

Jangan Desak Kuroda, Beliau Tahu Apa Yang Terbaik Buat Jepun!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat