Gempa Bumi Kuat Di Jepun Rencatkan Pengeluaran Toyota & Nissan

375

‘Aduh Sis Forex baru ingat nak tukar Myvi dia dengan Toyota Yaris, dah pengeluaran stop sebab gempa bumi.’

Gempa bumi berskala 7.4 magnitud telah melanda wilayah Fukushima di Utara Jepun pada lewat malam Rabu sehingga menyebabkan beberapa kilang pengeluaran kereta Toyota dan Nissan terpaksa menangguhkan operasi.

Menurut jurucakap Toyota, Shiori Hashimoto, kilang pengeluaran syarikat di wilayah Fukushima, Iwate dan Miyagi yang sering menghasilkan kereta model Yaris terpaksa menangguhkan operasi sehingga diberitahu kelak.

Jurucakap Nissan, Azusa Momose, turut menyatakan kilang operasi syarikat di Iwaki, wilayah Fukushima diarahkan tutup sementara.

Gempa bumi yang dahsyat tersebut telah memberi kesan kepada separuh daripada 28 kilang Toyota di seluruh Jepun termasuk anak syarikatnya Hino Motors yang menghasilkan pelbagai model kenderaan seeprti Harrier dan Lexus.

Pihak Toyota tidak mendedahkan jumlah kerosakan yang dialami namun berdasarkan output pada 2019, syarikat tersebut mungkin mengalami penurunan sebanyak 5,000 ke 6,000 buah unit sehari.

Walau bagaimanapun, Toyota menyatakan bekalan semikonduktor bagi kenderaan buatannya tidak terjejas sama sekali.

Selain daripada 2 syarikat tersebut, Mazda Motor, Honda Motor, Suzuki Motor, Mitsubishi Motors dan Subaru turut terkesan namun syrarikat-syarikat itu akan meneruskan operasi.

Sebagai makluman, gempa bumi kuat berskala 7.4 magnitud telah menghentam perairan Fukushima pada sekitar lewat pukul 11 malam tadi waktu tempatan.

Laporan dari agensi berita Jepun, NHK, Perdana Menteri Fumio Kishida melaporkan terdapat 3 kematian, 97 orang cedera dan lebih 2 juta unit perumahan musnah.

Agensi Meteorologi Jepun telah memberi amaran risiko tsunami sebesar 30 sentimeter di sepanjang pantai Fukushima dan Miyagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat