GOLD Analisa Fundamental Harian 11 Dec 2014

38

moshedfx-forex-malaysia-gold-005Selepas memacu ke paras tertinggi minggu ini pada Selasa lalu, emas didagangkan dalam suasana ranging pada Rabu antara $1,238.25 ke $1,224.80 dengan sentimen berhati-hati setelah Dennis Lockhart, ketua Federal Reserve Atlanta Amerika Syarikat mengatakan beliau tiada sebab untuk menyokong kenaikan “interest rate”.  Bersama beliau adalah ketua Federal Reserve San Francisco John Williams yang juga mengatakan “interest rate” perlu dikekalkan pada kadar sedia ada untuk beberapa jangka waktu lagi.

Komen mereka pada lewat Isnin itu telah meyebabkan Dollar kehilangan momentum dengan Dollar Index jatuh ke paras terendah minggu ini sekitar 88.15 Selasa lalu.  Dollar Index digunakan untuk mengukur kekuatan US Dollar berbanding 6 matawang lain dengan Euro sebagai tonggak utama disamping Yen (JPY), Pound (GBP) , Loonie (CAD), Francs (CHF) dan Krona (SEK) dalam nisbah yang ditetapkan.

Kenaikan harga emas akan bergantung kepada permintaan terhadap Dollar dan anggaran masa kenaikan “interest rate” oleh Federal Reserve Amerika Syarikat.  Ini adalah kerana pegangan terhadap emas tidak mendapat bayaran “interest” dan hanyalah merupakan pelindung pelaburan semasa krisis dan inflasi yang melampau.  Pasaran emas fizikal di China juga diberitakan sedikit susut dan juga India yang dikatakan bakal memperkenalkan undang-undang baru untuk mengeksport 100% emas yang diimport.
Mulakan trading anda hari ini.

Deposit tanpa cas guna debit card/credit card di FXPRIMUS : Buka akaun KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat