GOLD Analisa Fundamental Harian 12 Mei 2016

32

Harga emas melonjak lebih $14.10/oz Rabu semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1,279.05/oz sebelum menutup sekitar paras $1,277.06/oz; setelah pasaran memberikan reaksi kepada Dollar dan pasaran ekuiti yang lemah.  Indeks Dollar yang mengukur kekuatan Dollar AS berbanding enam matawang utama, jatuh lebih 55 mata semalam untuk ke paras terendah harian sekitar 93.60 mata sebelum menutup sekitar 93.80 mata.  Indeks saham mewah Dow Jones pula jatuh lebih 190 mata untuk ke paras terendah harian sekitar 17,702.00 mata sebelum menutup sekitar paras 17,711.50 mata.

Kejatuhan nilai Dollar menjana permintaan terhadap emas, terutamanya dari pelabur antarabangsa, ekoran komoditi tersebut yang disebutharga dalam Dollar AS.  Namun permintaan dilihat agak perlahan selepas harga mencecah paras psikologi $1,300 pada awal bulan lalu.  Tekanan jualan mampu menolak harga ke serendah $1,258.30/oz pada hari Selasa lau di pasaran hadapan- paras terendah sejak 28 April lalu.

Sesetengah pelabur berpendapat, harga emas dijangka kekal dalam julat dagangan yang kecil dalam jangka masa terdekat. Keadaan semasa memihak kepada emas tetapi ia dilihat tidaklah sangat menggalakkan. Ekonomi AS didapati berada dalam keadaan yang baik secara keseluruhan, yang akan membantu untuk menghadkan pergerakan harga menaik. Ini juga menggalakkan pelabur untuk meringankan kedudukan belian mereka ketika harga menaik.

Sepanjang tahun ini, kenaikan harga emas telah disokong terutamanya oleh jangkaan bahawa peningkatan kadar AS yang seterusnya, hanya akan berlaku pada lewat tahun ini; setelah Feds mengambil perhatian terhadap keadaan ekonomi global yang mencabar. Para trader memetik tiga sebab mengapa kenaikan harga emas boleh dihadkan. Ini termasuk kemungkinan kenaikan kadar Feds lebih awal daripada yang dijangkakan, ruang kejatuhan terhad bagi Dollar Amerika Syarikat dan China dalam untuk memandu kekuatan Yuan untuk menyumbang kepada kelemahan Dollar AS.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat