GOLD Analisa Fundamental Harian 15 Dec 2014

54

moshedfx-forex-malaysia-gold-007Emas didagangkan dalam suasana “ranging” dari setinggi $1,228.00 ke serendah $1,214.20 pada Jumaat dan ditutup lebih rendah dari penutupan khamis lalu, selepas data ekonomi dari Amerika Syarikat menunjukkan tanda-tanda pemulihan ekonominya.  Keadaan pasaran ekuiti yang juga lebih baik mengurangkan permintaan untuk emas yang dilihat sebagai pelindung pelaburan dikala inflasi.

Para pelabur emas juga memerhatikan pergerakan harga bahan api seperti minyak mentah kerana harganya yang rendah akan melemahkan permintaan terhadap emas.  Minyak mentah ditutup sekitar $57.50 pada Jumaat dan dibuka dengan $0.77 “gap down” hari ini.  Minggu lalu, emas mendapat permintaan lebih banyak dengan harga tertinggi sekitar $1,238.25 pada Rabu, apabila Dollar jatuh selepas komen dari Presiden Federal Reserve Atlanta yang tidak menyokong kenaikan “interest rate” dalam masa terdekat dan juga krisis ekonomi di Greece; beserta para pelabur yang dilihat mula mengambil untung untuk 2014.

Walau bagaimanapun sentimen “bullish” emas disokong oleh pegangan emas SPDR Gold Trust, dana bursa berasaskan emas, yang meningkat 0.13% kepada 725.75 tan pada Khamis lalu.  Trend di pasaran hadapan emas juga menunjukkan peningkatan permintaan dengan “open interest” untuk Februari 2015 sebanyak 231,705 – paras tertinggi dalam tempoh 6 bulan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat