GOLD Analisa Fundamental Harian 4 Jan 2016

40

trade-forex-malaysia-gold

Harga emas berada dalam dagangan ‘sideway’ Khamis lalu, dalam dagangan hari terakhir 2015 dengan pergerakan sekitar $5.35/oz, dari paras tertinggi harian sekitar $1,063.40/oz ke serendah $1,058.05 sebelum menutup sekitar paras $1,060.55/oz; setelah pasaran tutup awal menjelang cuti Tahun Baru 2016. Sebahagian besarnya dipengaruhi oleh dasar kewangan AS dan aliran Dollar, harga emas telah jatuh kira-kira 10% pada tahun 2015, apabila pelabur menjual logam berharga tersebut untuk membeli aset yang memberi pulangan kadar, seperti bon.

[adrotate group=”6″]

Selepas kenaikan pertama kadar Federal Reserve AS dalam hampir satu dekad pada bulan lalu, dan dengan tanda-tanda bahawa Bank Pusat AS itu akan mengambil jalan keluar dengan kenaikan secara beransur-ansur pada 2016, prospek kenaikan harga emas tidaklah kelihatan memberansangkan. Asas-asas lain juga nampaknya tidak menyokong kenaikan harga. Aset SPDR Gold Trust, dana dagangan bursa bersandarkan emas, berada hampir paras tujuh tahun terendah manakala kedudukan kontrak jualan emas di COMEX berada pada rekod yang tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat