GOLD Analisa Fundamental Harian 5 Feb 2016

28

moshedfx-forex-malaysia-gold-005

Harga emas terus memacu naik untuk hari kelima berturut-turut Khamis semalam, lebih $17.50/oz untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1,157.20/oz, sebelum menutup sekitar paras $1,155.25/oz; setelah logam berharga bangkit dengan kontrak niaga hadapan emas dan perak menutup kira-kira di paras tiga bulan tertinggi, apabila permintaan untuk Dollar jatuh selepas sentimen kenaikan kadar selanjutnya daripada Federal Reserve AS pudar, berikutan komen Pengerusi Federal Reserve New York, William Dudley.

“Terdapat banyak faktor yang menyokong emas, satu daripadanya ialah perubahan dalam sentimen tentang bagaimana Fed akan meneruskan kenaikan kadar,” menurut Bloomberg News yang memetik Fiona Boal, seorang pengarah penyelidikan komoditi di Fulcrum Asset Management yang berpangkalan di London. “Selain itu, kejatuhan yang telah dilihat dalam pasaran ekuiti dan komoditi, telah membuatkan pelabur gusar tentang keadaan ekonomi global, sekaligus membuat peruntukan yang lebih besar dalam emas.” tambah beliau lagi.

[adrotate group=”6″]

Harga emas telah meningkat kepada paras tertinggi dalam lebih daripada tiga bulan, setelah didorong oleh Dollar yang lebih lemah dan jangkaan bahawa Federal Reserve AS akan mengekalkan kadar pada mesyuarat FOMC yang akan datang. Sentimen keseluruhan untuk emas masih kelihatan positif, ekoran keributan di pasaran kewangan global. Keputusan terkini Feds untuk menangguhkan kenaikan kadar telah memberi ruang bernafas untuk emas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat