Hanya Berbaki Dalam Kiraan Hari – EU Tampil Beri Ulasan Permintaan Pelan Kontigensi ‘No Deal’!

384

Suruhanjaya Eropah bertindak untuk menunda daripada memberi pengemaskinian mengenai pelan rancangan kontigensi jika tiada kesepakatan dalam perjanjian Breixt. Dalam masa yang sama, kedua-dua belah pihak sedang berada pada fasa terakhir perbincangan bagi melindungi perdagangan bebas dari tarif dan kuota.

Pada 31 Januari yang lepas, UK secara rasmi telah keluar daripada Kesatuan Eropah (EU). Walaubagaimanapun, UK masih termaktub di bawah peraturan dan akta EU sehingga akhir tahun. 11 bulan tambahan dari bulan Januari adalah untuk memberi ruang kepada kedua-dua belah pihak untuk merancang dan merundingkan perjanjian pasca Brexit.

Walaupun sudah berada di ambang tarikh akhir, kedua-dua belah pihak berharap dapat mementerai perjanjian bagi mengelakkan masalah dalam isu perdagangan pada tahun 2021.

Beberapa negara seperti  Belanda, Perancis, Belgium dan Sepanyol telah meminta untuk mengemas kini rancangan darurat jika tiada perjanjia bagi mengurangkan impak yang lebih besar.

Walaubagaimanapun, setakat ini permintaan tersebut telah ditolak oleh Suruhanjaya dengan mengatakan bahawa pihak rundingan EU tetap fokus untuk mencapai kesepakatan dan EU telah lama bersedia jika tiada kesepakatan. Hal senada juga diucapkan oleh pihak Britain bahawa, walau apapun mereka berharap untuk mencapai perjanjian agar perdagangan kouta sifar dan tarif sifar dapat dikekalkan.

Setakat ini kedua-dua belah masih belum mencapai persetujuan dalam isu perikanan dan peraturan perdagangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat