Georgia Sahkan Biden Sebagai Pemenang

421

Setiausaha Negeri Georgia, Brad Raffensperger mengesahkan Joe Biden sebagai pemenang di negeri itu ketika pilihan raya Presiden pada 3 November lalu selepas kiraan undian dijalankan semula baru-baru ini.

Lapor Reuters, audit telah dijalankan selepas keputusan tidak rasmi menunjukkan Biden mendahului Presiden Donald Trump dengan 14,000 undi.

“Audit mengesahkan bahawa mesin kiraan asal menunjukkan pemenang pilihan raya dengan tepat,” kata pejabat setiausaha negeri dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam.

Raffensperger dijangka mengisytiharkan kemenangan Biden hari ini.

Trump yang mendakwa berlaku penipuan dalam kiraan undian di negeri-negeri yang dimenangi oleh Biden, termasuklah Georgia, masih boleh memohon kiraan undi di Georgia selepas keputusan rasmi dikeluarkan kerana margin kemenangan Biden adalah kurang daripada 0.5%.

Sementara itu, Biden mengkritik keengganan Trump untuk mengaku kalah dan menegaskan tindakan itu hanya menunjukkan gambaran buruk tentang Amerika Syarikat (AS).

Tambah Biden, Trump tahu beliau tidak akan menang dan telah menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab.

Dalam pada itu, Trump dilaporkan telah meminta ahli Parlimen Republikan Michigan untuk bertemu dengannya di White House hari ini. Michigan merupakan salah satu negeri yang dimenangi oleh Biden.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat