Harga Emas Terus Terjun – Tahap Keberkesanan Vaksin Covid-19 Lebih 90% Jadi Faktor Utama!

1,403

Matawang US dolar dan indeks pasaran saham mengukuh pada hari Rabu namun pasaran niaga hadapan emas merosot berikutan para pelabur kekali optimis mengenai kemajuan vaksin COVID-19.

Penganalisis, Craig Erlam berependapat bahawa hasil keuntungan lebih tinggi di Amerika terus memberi sokongan kepada pengukuhan matawang US dolar dan dalam masa yang sama membuatkan harga emas dalam tekanan.

Harga emas telah jatuh sebanyak 0.83% pada lewat hari ini. Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang utama mengukuh sedikit sebanyak 0.45% pada paras penukaran 93.148 setakat jam 11.15 p.m.

Pasaran terus optimis mengenai keberkesanan Vaksin Covid-19 yang dipercayai memiliki keberkesanan melebihi 90%. Pengumuman Vaksin Covid-19 oleh Pfizer dan BioNTech .Perkara ini telah meningkatkan keyakinan bahawa wabak tersebut dapat dibasmi lebih awal dari jangkaan dan mengkaburi peningkatan kes Covid-19.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Universiti Johns Hopkins, kes jangkitan Covid-19 meningkat menjadi 51.5 juta, sementara jumlah kematian meningkat kepada 1.3 juta. A.S kini mencatat jumlah
kes tertinggi di dunia dengan 10.3 juta dan kematian sehingga 239,695 orang.

Pada hari Selasa lepas, Joe Biden mengatakan bahawa proses kelulusan vaksin Covid-19 mesti dipandu oleh oleh sains supaya orang ramai yakin bahawa ia selamat dan berkesan. Dalam masa yang sama beliau menyatakan bahawa vaksin tidak boleh lagi diedarkan dalam masa yang terdekat ini.

Disisi lain, Klaas Knot yang merupakan anggota ‘Governing Council’ mengatakan bahawa pengumuman vaksin adalah berita baik namun ia akan mengambil sedikit masa untuk merangsang ekonomi.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat