Harga Minyak Jatuh, Kan Betul USD/CAD Melonjak Semula

1,363

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/CAD kembali melonjak semula pada dagangan Khamis selepas penurunan lebih 100 pips yang dipamerkan pada Rabu.

Faktor penyusutan dolar Kanada dilihat lebih dipengaruhi oleh sentimen negatif pasaran minyak mentah selepas laporan keputusan mesyuarat Negara-negara Pengeskport Petroleum (OPEC).

Harga minyak dijangka menurun selepas OPEC bersama rakan sekutu telah bersetuju untuk mengurangkan jumlah pemotongan pengeluaran minyak mentah bermula Ogos daripada 9.7 juta tong kepada 7.7 juta tong.

Ini telah mendorong Loonie bergerak lemah dan melihatkan pergerakan menaik harga pada carta USD/CAD di samping pengukuhan semula US dolar pada dagangan penghujung minggu.

Risiko penularan pandemik Coronavirus masih kekal menjadi kebimbangan pelabur walaupun terdapat laporan perkembangan vaksin yang sedang dibangunkan.

Harga pada carta USD/CAD telah membuat kenaikan melepasi semula paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang memberi isyarat awal trend bullish.

Pergerakan harga pada Jumaat lebih perlahan dan mendatar sepanjang sesi Asia sehingga bersambung ke sesi Eropah.

Kenaikan harga dijangkakan akan menuju paras halangan sekitar 1.36200 yang merupakan zon SBR (support become resistance). Zon tersebut gagal ditembusi setelah diuji sejak 2 minggu lalu.

Kenaikan yang berjaya melepasi zon resistance tersebut akan mendorong kenaikan lebih tinggi sehingga ke paras tumpuan 1.37000.

Sebaliknya, jika harga kembali membuat penurunan semula, zon support di paras 1.35000 akan diuji semula dan pelabur akan perhatikan reaksi harga di zon tersebut.

Penurunan yang berjaya tembus lebih rendah dijangkakan menuju zon support seterusnya pada 1.33200 yang dicecah pada dagangan Jun lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat