Harga Minyak Naik Dengan Kejatuhan Inventori US Yang Tidak Dijangka

78

Harga minyak meningkat pada harini pada sesi Eropah dengan minyak brent yang menghampiri paras tertinggi 26 bulan yang lalu rentetan inventori minyak U.S tidak dijangka jatuh walaupun kilang penapisan meningkatkan pengeluaran output dengan ancaman sekatan saluran minyak oleh Turki daripada Kurdistan di Iraq ke luar negara.

Pasaran hadapan minyak mentah Brent pada bulan November naik 32 sen, 0.59% pada $58.26 setong pada jam 3.00 p.m. Namun ditutup sedikit menurun berbanding paras harga tertingginya semalam dari $59.49 setong kepada US$58,44 setong.

Pasaran hadapan minyak mentah U.S pada bulan November naik 35 sen, atau 0.67% pada $52.24 per tong. Namun ditutup sedikit rendah sebanyak 0.7% semalam selepas mencatat harga tertinggi dalam tempoh 5 bulan pada $52.43.

Peningkatan harga minyak salah satunya disokong oleh kadar pematuhan syarat potongan oleh OPEC dan Non-OPEC yang meningkat menyebabkan bacaan bekalan pada Ogos lalu menurun di luar jangkaan.

Pengeluaran minyak mentah U.S jatuh sehingga mencapai 761,000 tong pada minggu lepas rentetan kilang penapisan minyak meningkatkan pengeluaran. Manakala inventori gasolin meningkat berdasarkan data yang dikeluarkan oleh American Petroleum Institute (API) pada hari Selasa.

Antara yang menyebabkan penurunan adalah didorong oleh penapisan minyak mentah yang meningkat mencecah 1.3 juta tong sehari berdasarkan data yang dikeluarkan oleh API.

Bekalan minyak mentah U.S menunjukkan trend peningkatan sepanjang tempoh 4 minggu seperti yang dilaporkan oleh Reuters pada Selasa.

Ric Spoone, ketua penganalisis pasaran di CMC Markets, memberi komentar bahawa momentum minyak menunjukkan peningkatan kukuh ketika ini.

Pengeluaran minyak mentah di Texas yang merupakan pengeluar terbesar minyak shale di U.S jatuh 1 peratus pada bulan Julai jika dibandingkan pada tahun lepas.

Sebarang tanda-tanda yang menunjukkan pengurangan pengeluaran minyak mentah U.S dapat membawa peningkatan harga seiring dengan peningkatan permintaan minyak dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat