Harga Tenusu Jatuh 6.3% Dalam Laporan Terbaru, Kiwi Tertekan

74

Data terbaru Indeks harga Global Dairy Trade (GDT price index) merekodkan kejatuhan 6.3% dalam data yang dikeluarkan sebentar tadi, berbanding penyusutan sebanyak 3.20% sebelum ini.

Harga keseluruhan susu tepung (Whole Milk Powder) pula susut 12.4% berbanding yang penyusutan 3.7% yang direkodkan sebelum ini. Data ini sama seperti data consumer price index (CPI). Perbezaannya ialah Indeks GDT hanya mengira perubahan harga barangan tenusu.

Harga masih ketika ini jatuh ke bawah paras tertinggi Mac 2015, dan keupayaan untuk harga naik semula dan berada di atas paras ini akan mempengaruhi sentimen dalam komoditi ini. Ketika ini, pasaran sudah pasti meragui pemulihan harga dalam jangka panjang komoditi ini.

Menurut data pada Januari, eksport keseluruhan susu tepung jatuh 9.4% dari tahun ke tahun walaupun nilai kesleuruhan meningkat 5.4% berikutan harga yang lebih tinggi. Eksport ke China jatuh sebanyak 1.7%.

Menurut Fonterra, jumlah pengambilan susu di New Zealand jatuh 5% sepanjang lapan bulan pertama sesi 2016/2017 dan meramalkan kejatuhan dalam kadar sama sepanjang tahun ini. Fonterra juga menyatakan pengeluaran susu di Eropah jatuh selama enam bulan berturut-turut.

Untuk rekod, New Zealand adalah pengeluar kelapan terbesar produk tenusu dunia. Disebabkan kebergantungan yang agak tinggi dalam produk tenusu, sebarang berita-berita negatif yang melibatkan pengeluaran produk tenusu akan memberi kesan kepada ekonomi New Zealand.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat