Harga Terus Meroked Melebihi Paras $12,000, CBOE Akan Melancarkan Niaga-Hadapan Bitcoin Beberapa Hari Lagi

91

Harga bitcoin terus meroked ke paras $12,000 buat pertama kali pada hari Rabu walaupun dihimpit kontroversi mengenai matawang digital tersebut.

Harga bitcoin naik sebanyak 5.1% kepada $12,275. Pada awal tahun 2017 harga bitcoin hanyalah pada sekitar $1,000.

Lonjakan harga bitcoin telah mendorong banyak pelabur dan syarikat terlibat dengan matawang crypto walaupun dihimpit dengan amaran daripada pihak berautoriti bahawa matawang crypto tersebut tidak dikawal selia.

Harga bitcoin melonjak pada hari Isnin apabila CBOE Global membuat kenyataan bahawa akan melancarkan perdagangan pasaran hadapan padan 10 Disember selepas mendapat kebenaran daripada Commodity Futures Trading Commission.

CME minggu lalu mengumumkan bahawa akan memulakan niaga-hadapan (futures) Bitcoin pada 18 Disember lewat sedikit berbanding CBOE.

Kedua-dua pelancaran ini dilihat telah menyebabkan kenaikan semula harga Bitcoin melepasi paras $11,000.

(Lihat lagi : https://intraday.my/cboe-melancarkan-niaga-hadapan-bitcoin-pada-10-disember/ )

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat