Hari Isnin Forex Trader Ini Berbeza Akibat Tindakan Drastik Ini 9 Tahun Lepas

7,934

Hari Isnin. Masa awal-awal permulaan kenal trading dulu, zaman ketagih trade, memang kalau pantang market bukak hari Isnin saja, saya awal-awal pagi dah tunggu gap waktu subuh tu.

Konon trade gap boleh untung. Kadang-kadang sampai MC/Stop Out akaun dibuatnya.

Masa tu memang rasa boring betul hari Sabtu dan Ahad. Rasa macam lambat betul nak hari Isnin. Hari Isnin sampai Jumaat biasanya tak rasa macam orang, sebab asyik menghadap chart saja.

Kalau dilihat dari segi kehidupan, hidup macam ni memang miserable. Tapi tak apa, masa itu masih bujang dan muda, hanya jaga diri sendiri, jadi hidup agak tunggang langgang, janji dapat memenuhi keinginan sendiri iaitu nak trading. Zaman tu memang agak banyak masa dihabiskan dengan mengkaji.

Sekarang zaman sudah berubah. Kefahaman dalam pasaran kewangan ini sudah matang. Semua berkat bersungguh-sungguh pada zaman dulu, masa zaman muda, ketika masa masih banyak.

Sekarang tak perlu lagi mata asyik mengadap chart. Ketagih sudah hilang, sebab sudah faham market. Mula rasa semua ini memang sangat professional. Ada masa bersama keluarga dan masa menguruskan portfolio trading.

Hari Isnin juga bukan menjadi penyebab mesti masuk trade. Kadangkala jadi hari monitor behavior player lain sahaja, sebelum cuba cari potensi terbaik pada hari selasa.

Pasaran sekarang besar, dulu portfolio trading hanya forex, sekarang boleh tambah bermacam-macam lagi indeks dan CFD yang ada dalam MT4, komoditi, emas dan cryptocurrencies.

Saya kadang-kadang rasa bersyukur sebab pada zaman muda, saya tak banyak buang masa buat perkara lain yang tak berfaedah. Semua masa banyak dihabiskan melihat chart-chart yang memang menjadi minat saya. Berapa banyak jam dalam sehari hanya membaca ilmu tentang pasaran kewangan.

Kemanisannya sudah dapat dirasakan sekarang. Walaupun kadang-kadang dapat rasa juga masam perjalanan ini, tapi jangan kita nafikan yang rasa manis kita rasa.

Semuanya akibat saya mengambil jalan berbeza pada 9 tahun lepas, ketika betul-betul pursuit cita-cita saya dalam bidang ini.

Walaupun saya betul-betul kenal dalam bidang ini sudah 13 tahun, tetapi hanya pada tahun 2010 sahaja saya betul-betul bersungguh-sungguh, all out sebatikan diri dalam bidang ini.

Ingin mulakan perjalanan anda, untuk rasa sendiri macam yang saya rasa? Nak tak jika saya tunjuk cara, step by step, untuk belajar dari kesilapan saya dan perjalanan anda untuk berjaya dalam bidang ini dapat disingkatkan.

Kalau nak? Klik sini – Mula Sekarang!

Ini kisah saya, anda bagaimana? Boleh ceritakan dikomen.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat