Hati Banyak Senang, Muka Banyak Senyum! Ekuiti Global Mencanak

283

Bacaan data indeks harga pengguna (CPI), yang mengukur kadar inflasi, Amerika Syarikat (AS) dilihat perlahan berbanding unjuran telah membuatkan Wall Street memasuki rali.

Rincian data memperlihatkan bacaan mendatar pada Julai selepas ia meningkat setinggi 1.3% bulan sebelumnya telah memyebabkan indeks dolar melemah dan hasil Perbendaharaan berundur dari kejatuhan.

Ulas John Augustine dari Huntington National Bank, ia telah mendatangkan kelegaan kepada pelabur dan menyaksikan minat terhadap ekuiti kembali.

Jelas beliau bahawa data CPI tersebut menguatkan jangkaan pelabur terhadap kenaikan 50 mata asas berbanding 75 mata asas oleh Federal Reserve (Fed) semasa mesyuarat akan datang.

Rentetan itu, pasaran Wall Street mempamerkan rali ketara dengan Dow Jones Industrial naik 1.63% pada 33,309.51, S&P 500 tambah 2.13% pada 4,210.24 dan Nasdaq Composite lonjak 2.89% pada 12,854.81.

Berdasarkan pencapaian tersebut, Nasdaq difahamkan berjaya melepasi paras penutupan terendah baru-baru ini semasa 16 Jun pada 20.8% dan memerlukan tambahan 24.9% untuk mencapai rekod tertinggi November bagi mengesahkan kenaikan baharu.

Di zon Eropah, STOXX 600 raih 0.89% dan tolok MSCI saham seluruh dunia capai 1.80%.

Sesi Asia juga memulakan dagangan pada nota positif dengan S&P/ASX 200 Australia naik 0.65%, Kospi Korea Selatan tambah 1.17% dan Kosdaq lonjak 1.6%.

Indeks meluas MSCI Asia Pasifik luar Jepun kukuh 0.42%.

Aliran mata wang pula menyaksikan dolar melemah 1.072% sementara Euro meningkat 0.87% pada $1.03, Yen mengukuh 1.69% pada $132.91 dan Sterling melonjak 1.13% pada $1.2217.

Menyingkap Perbendaharaan, penanda aras nota 10 tahun naik 2/32 dalam harga kepada hasil 2.7901% dari 2.797% sementara bon 30 tahun turun 19/32 pada 3.0359% dari 3.005% dan nota 2 tahun tambah 4/32 pada  3.2244% dari 3.286%.

Bagi komoditi, harga minyak melantun dari kerugian dengan minyak mentah AS naik 1.58% pada $91.93 dan minyak mentah Brent lonjak 1.13% pada $97.40.

Spot emas turun 0.2% pada $1,790.80 per auns dengan harapan Fed kurang agresif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat