IMF – Ekonomi Global Akan Mencatat Pertumbuhan Sebanyak 3.9%

324

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menaikkan perkiraan pertumbuhan eknomi global bagi tahun 2018 dan 2019, daripada bacaan 3.7% kepada 3.9%. Bacaan ini dikaji kembali dan di naikkan sebanyak 0.2%.

Berdasarkan laporan tertulis, perlaksanaan polisi pemotongan cukai dijangka dapat mendorong pertumbuhan ekonomi global. Perlaksanaan reformasi cukai akan memberi kesan positif dalam jangka pendek melalui peningkatan pelaburan langsung.

Namun perlaksanaan polisi tersebut dijangka hanya memberi kesan positif dalam jangka masa pendek iaitu sehingga 2020. Selepas tahun 2022, pertumbuhan ekonomi dijangka akan melemah kerana insiatif perbelanjaan daripada potongan cukai tersebut.

Menurut pengurus penyelidik IMF Maurice Obstfeld, pemotongan cukai akan menyebabkan defisit kerajaan semakin besar. Namun ia akan mendorong kepada pengukuhan US dolar dan mempengaruhi aliran pelaburan global.

Pertumbuhan ekonomi US secara tidak langsung akan mendorong pertumbuhan ekonomi negara maju secara sederhana walaupun tidak keseluruhan.

Manakala negara-negara berkembang dan sedang menuju negara maju (emerging market) akan mencatat pertumbuhan sehingga 4.9% , iaitu 0.2% lebih tinggi daripada sasaran yang ditetapkan pada tahun lalu terutama negara-negara ASEAN-5 seperti Indonesia, Malaysia, Filiphina, Singapore, dan Thailand.

Akhir sekali, pertumbuhan ekonomi yang tinggi merupakan salah satu indikasi dalam kitaran ekonomi dan masih ada risiko ketidaktentuan pada waktu akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat