IMF Gesa China Selaraskan Dasar Covid-19 Untuk Kestabilan Dunia

137

‘Macam kena tegur je dari dinasihatkan.’

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menegaskan keperluan China menyelaraskan dasar sifar Covid-19 bagi mengembalikan keyakinan pasaran hartanah dalam mendorong pertumbuhan pada tahun depan.

Dalam satu pertemuan maya antara pegawai China dan IMF pada Rabu, kerajaan Beijing digesa untuk mempercepatkan kadar vaksinasi dalam usaha untuk memastikan penyokongan terhadap pasaran hartanah yang tertangguh.

Umumnya, Covid-19 telah menekan aktiviti ekonomi di China dengan pasaran hartanah menjadi penyumbang terbesar kepada kadar pertumbuhan yang lemah di sebalik kelemahan permintaan global.

Seperti negara-negara lain, IMF turut meletakkan prospek suram kepada pertumbuhan China dengan unjuran tahun ini pada 3.2% sementara ramalan pakar ekonomi lain pada 4.4% untuk 2023 dan 2024.

Jelas pengarah urusan negara China IMF, Gita Gopinath, sektor hartanah perlu dibetulkan dan dilakukan dengan cara betul kerana kelemahan padanya meningkatkan risiko kepada sektor kewangan.

Dalam pada itu, pasukan misi IMF mengesyorkan pembaharuan pada sektor hartanah termasuk penambahbaikan modal cara pra-jualan  dan ketersediaan pilihan penjimatan alternatif.

Turut disertakan cadangannya adalah pihak berkuasa perlu melindungi pembeli rumah baru daripada risiko rumah yang dibayar tidak siap.

Pada sisi berbeza, IMF menasihatkan China mengekalkan pendirian dasar fiskal neutral dalam menyokong isi rumah pada 2023 dalam usaha mengimbangi ekonominya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat