Impak Minit Mesyuarat FOMC Terus Buatkan Saham Meningkat

188

Sehari selepas terbitnya minit mesyuarat Federal Reserve (Fed) yang menyaksikan keputusan fleksibel termasuk kemungkinan menjeda kenaikan kadar telah menyebabkan saham melonjak.

Umumnya, majoriti pegawai Fed dilihat menyokong kenaikan kadar 50 mata asas pada Jun dan Julai, selain penganalisis Bank of America (BOA) menyatakan bahawa Fed akan menghentikan kenaikan pada September andai ekonomi merosot.

Susulan itu, Wall Street ditutup positif dengan Dow Jones Industrial naik 516.91 mata atau 1.61% pada 32,637.19, S&P 500 capai 79.11 mata atau 1.99% pada 4,057.84 dan Nasdaq Composite tambah 305.91 mata atau 2.68% pada 11,740.65.

Difahamkan, prestasi cemerlang pada saham Amerika Syarikat (AS) ini akan menamatkan sesi penurunan terpanjangnya dan bakal mencapai keuntungan mingguan terbesarnya sejak pertengahan Mac.

Menjengah ke indeks lain, penanda aras MSCI saham seluruh dunia lonjak 1.54% dan indeks STOXX 600 pan-Eropah naik 0.78% sementara indeks meluas MSCI Asia-Pasifik saham luar Jepun turun 0.02%.

Dalam pada itu, data tuntutan faedah pengangguran AS juga dilihat turun dari jangkaan minggu lalu ekoran pengukuhan pasaran buruh sementara laporan berasingan menyaksikan ekonomi negara Uncle Sam menguncup pada suku pertama.

Pergerakan mata wang juga dilihat turut terpengaruh oleh minit mesyuarat tersebut dengan dolar susut 0.284% berbanding sejumlah mata wang lain sementara Euro naik 0.44% pada $1.0727.

Hasil Pebendaharaan AS bergerak naik selepas nota penanda aras 10 tahun turun ke paras terendah 6 minggu, mengisyaratkan pertumbuhan yang perlahan mengurangkan kebimbangan inflasi.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kendall Capital, Clark Kendall hasil nota Perbendaharaan 10 tahun yang naik 2.7416% menghampiri 3% menunjukkan bahawa Fed sedang menangani masalah inflasi.

Bagi komoditi pula, niaga hadapan emas AS dilihat turun 0.17% pada $1,849.50.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat