India ‘Cari Gaduh’ Lagi Dengan China!

2,029

Beijing telah mengecam tindakan India hari ini yang melarang satu lagi aplikasi Cina kerana risiko keselamatan negara. Umum mengetahui bahawa ketegangan antara Beijing dan New Delhi semakin meningkat setelah berlakunya peperangan pada bulan Jun di kawasan sempadan yang dipertikaikan serta telah menyebabkan seramai 20 tentera India mati.

Pada semalam, India telah melarang sebanyak 43 aplikasi termasuk beberapa dari syarikat gergasi e-dagang Alibaba kerana didakwa mengancam kedaulatan dan integrity negara itu.

Oleh yang demikian, China mendedahkan bahawa mereka mengambil serius terhadap tindakan tersebut bahkan ianya melanggar prinsip pasaran dan panduan WTO, dan sangat merugikan hak dan kepentingan undang-undang syarikat China.

Justeru itu, India digesa agar menarik semula keputusan tersebut untuk mengelakkan kerosakan yang lebih besar pada kerjasama dua hala yang telah terjalin.

Sebelum ini, New Delhi juga telah menyekat sebanyak 59 aplikasi China termasuk platform perkongsian video TikTok yang sangat popular dari pasaran domestiknya yang luas, dengan 118 aplikasi mudah alih China yang lain dilarang pada bulan September.

Tambahan daripada itu, aplikasi terbaru yang menerima nasib yang sama merangkumi AliExpress Alibaba dan perkhidmatan penghantaran Lalamove, serta perkhidmatan temu janji dan streaming langsung.

Sementara itu, pelaburan Alibaba dalam pasaran atas talian India didakwa sedang berkembang pesat termasuk platform pembayaran digital Paytm dan BigBasket runcit atas talian.

Walau bagaimanapun, sentimen anti-China semakin berleluasa di India sejak pertempuran dan telah mencetuskan seruan untuk memboikot barangan dari negara jiran itu.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat