Ini 5 Prinsip Emas Yang Diamalkan Oleh Warren Buffet Dalam Pelaburan!

3,631

Nama Warren Buffet merupakan nama yang tidak asing lagi dalam dunia pelaburan. Beliau merupakan pelabur saham yang terkenal di seluruh dunia.

Ini merupakan prinsip-prinsip yang diterapkan beliau dalam melabur.

Prinsip Pertama : Jangan Kehilangan Wang. Prinsip Kedua: Jangan Lupa Prinsip Pertama.

Buffet sendiri telah mengalami kerugian $23 billion dalam krisis kewangan dunia 2008 dan syarikat beliau Berkshire Hathaway telah kehilangan penarafan AAA. Agak ironi jika beliau menasihatkan agar tidak rugi?

Namun apa yang dimaksudkan beliau adalah mindset sebagai pelabur. Jangan amalkan sikap semborono dalam pelaburan. Jangan memperjudikan nasib. Jangan melabur dengan sikap bahawa tidak mengapa untuk rugi.

Jadilah orang yang cakna dengan apa yang berlaku. Lakukan kajian. Buffet merupakan individu yang hanya melabur dalam sesebuah syarikat setelah beliau melakukan kajian dengan teliti dan fahami. Beliau tidak memasuki mana-mana pelaburan dengan mindset untuk rugi. Maka para pelabur juga harus begitu.

Seorang pelabur yang berjaya bukanlah mereka yang bersama dengan trend ataupun melawan trend. Tetapi yang paling penting ialah sikap sebagai seorang pelabur. Selalu fokus dengan matlamat. Tidak begitu cepat menukar strategi jangka masa panjang disebabkan terpegaruh dengan tingkah laku pasaran.

Prinsip Ketiga: Jika Bisnes Tersebut Berkembang Dengan Baik, Pasaran Sahamnya Juga Akan Mengikuti.

Buffet merupakan pelabur yang melabur dalam saham-saham yang memberi prospek yang baik dalam jangka masa panjang.

Adakah syarikat tersebut memliki latar operasi yang baik sebelum ini? Adakah ia mempunyai perniagaan franchais? Adakah syarikat tersebut menghasilkan keuntungan yang banyak mahupun stabil?

Buffet tidak pernah melabur kecuali beliau dapat nyatakan alasan-alasan kenapa beliau perlu bayar harga tertentu per saham untuk sesuatu syarikat.

Prinsip Keempat:Adalah Lebih Baik Beli Syarikat Terbaik Pada Harga Yang Berpatutan, Daripada Beli Syarikat Yang Biasa-biasa Pada Harga Yang Menarik.

Buffet merupakan pelabur yang suka membeli saham yang kualiti pada harga berpatutan kerana ia dapat mendatangkan hasil yang kukuh dan peningkatan modal pada tahun-tahun akan datang.

Justeru para pelabur harus letakkan kriteria tertentu sebelum melabur seperti apakah jangkaan perkembangan produk atau perkhidmatan sesebuah syarikat, pendapatan syarikat, prospek keuntungan, kadar hutang syarikat, modal pasaran dan sebagainya.

Prinsip Kelima : Melabur Untuk Jangka Masa Panjang.

Melabur untuk jangka masa panjang yang menguntungkan. Antaranya para pelabur, boleh mencari syarikat yang memberi dividen.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat