Ini Antara Syarikat-Syarikat Global Yang Mengalami Kerugian Akibat Ancaman Trump

837

Pembukaan pasaran pada minggu ini telah dikejutkan dengan tindakan Presiden Donald Trump yang ingin meningkatkan tekanan terhadap China dengan mengancam kenaikkan kadar tarif. Trump telah mengancam untuk naikkan tarif terhadap barangan China bernilai $200 bilion pada minggu ini dan mensasarkan tambahan beberapa ratus bilion lagi untuk kenaikan seterusnya.

Ancaman tersebut telah memberi kesan terhadap pergerakan pasaran saham dunia. Sejumlah bursa saham telah mengalami kejatuhan berikutan pergelutan antara 2 negara ekonomi besar tersebut.

Indeks Dow Jones telah jatuh sehingga 471 mata. Manakala bursa S&P 500 jatuh 0.39% dan Nasdaq telah jatuh 0.50% setakat ini.

Beberapa syarikat besar yang turut terkesan dibawahndeks Dow Jones ialah DowDuPont yang jatuh 3.64%, Nike Inc. Class B jatuh 0.26%, Caterpillar Inc. jatuh 1.65%, Boeing Co.BA jatuh -0.58%, dan Goldman Sachs Group Inc jatuh 0.53%.

Selain syarikat-syarikat berikut, syarikat lain yang turut mengalami nasib yang sama ialah Intel Corp, Apple Inc, Coca-Cola Co, Johnson & Johnson, Microsoft Corp. Walt Disney Co dan lain-lain lagi.

Bagi bursa S&P 500 sebanyak 451 saham telah mengalami kejatuhan pada awal pembukaan pasaran sesi US dan Eropah semalam. Paling terbesar yang mengalami kejatuhan ialah Affiliated Managers Group Inc., diikuti Stanley Black & Decker Inc. dan IPG Photonics Corp.

Disisi bursa Nasdaq-100, syarikat Ctrip.com International Ltd. ADR merupakan syarikat yang paling terkesan selepas ancaman tersebut dikeluarkan dan setakat ini telah menunjukkan sedikit peningkatan. Kemudian syarikat-syarikat seperti Micron Technology Inc, NetEase Inc. ADR dan Nvidia Corp. yang masing-masing telah jatuh antara sekitar 0.5%-2% setakat ini.

Menurut penganalisis pasaran global di FTSE Russell, Alec Young “Jika perkara ini terus berlangsung tanpa penyelesaian tuntas terhadap perdagangan US-China maka akan lebih sukar untuk meramal prospek makro global”.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat