Ini Faktor Penting, CZ Bagi Hint ETH Bakal Meroket!

562

“Penat dah pelabur ETH duk tunggu harga nak naik ni.”

Susulan ingin memberi keterujaan kepada para pemegang mata wang kripto Ethereum (ETH), Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Binance Changpeng Zhao (CZ) membayangkan bahawa harga aset digital tersebut berpotensi naik.

Hal ini kerana jumlah ETH dikunci pada rantaian Beacon telah mencecah paras tertinggi sepanjang masa sebanyak 19 juta aset digital tersebut ditambah pula jumlah nilai terkunci (TVL) meningkat pada $27.7 billion.

Suka dimaklumkan bahawa pencapaian berikut dapat memberi kesan positif kepada ETH, di mana harganya mungkin akan melonjak tinggi dalam masa terdekat ini.

Menurut CZ pada hari Khamis semalam, jumlah ETH yang dikunci berupaya membawa pada penurunan dalam keseluruhan token tersedia di pasaran seterusnya mendorong harga aset digital tersebut untuk mendaki.

Diperjelaskan lebih terperinci, pengurangan dalam penawaran kripto seperti ETH mampu mengakibatkan harga aset digital tersebut melonjak pada masa hadapan sekiranya permintaan kekal tidak berubah ataupun meningkat.

Sementara komuniti kripto pula sungguh percaya situasi tersebut mungkin berterusan susulan ramai pelabur akan berusaha mengambil bahagian dalam faedah staking ETH seperti hasil lebih baik dan peningkatan modal.

Setakat penulisan ini, harga ETH menyusut sebanyak 3.23% pada paras $1,769 dalam tempoh 24 jam terakhir dengan modal pasaran bernilai $212 bilion seterusnya tergelincir sekitar 6.91% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat