Ini Langkah Akan Diambil Biden Jika China Masih Gagal Penuhi Perjanjian Dagang

228

Pentadbiran Biden sedang mempertimbangkan siasatan tarif baharu China jika rundingan semasa gagal meyakinkan Beijing untuk meneruskan pembelian barangan, tenaga dan perkhidmatan AS yang dijanjikan.

Ia juga dilaporkan mempertimbangkan pilihan lain, termasuk bekerjasama lebih erat dengan Eropah dan sekutu AS yang lain untuk membentangkan barisan bersatu kepada Beijing dalam menuntut persaingan adil bagi firma antarabangsa.

Data perdagangan AS pada hari Selasa mendedahkan kekurangan besar dalam komitmen China untuk meningkatkan pembelian barangan AS di bawah perjanjian perdagangan Fasa 1 yang ditandatangani semasa pentadbiran Donald Trump terdahulu.

China hanya memenuhi kira-kira 60% daripada tambahan $200 bilion sepanjang tahun 2020 dan 2021 kerana terganggu oleh pandemik Covid-19 dan masalah gangguan rantaian bekalan global.

Pentadbiran Biden kini dalam perbincangan bersama pegawai China untuk memastikan mereka mematuhi perjanjian Fasa 1.

Namun sekiranya tidak berjaya, Amerika mempunyai pelbagai pilihan lain untuk dipertimbangkan sebagai tindakan selanjutnya ke atas China.

Mata wang sensitif risiko, dolar Aussie kurang menerima impak daripada berita ini, sebaliknya sedikit susut berikutan kewaspadaan pelabur menjelang penerbitan data inflasi AS pada sesi New York kelak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat