Ini Perkara Yang Pelabur Kena ‘Bajet-Bajet’ Menjelang Belanjawan 2023

240

‘Patutlah ramai pelabur lari keluar dari aset berisiko beberapa minggu ini.’

Menghampiri Belanjawan 2023, beberapa penganalisis meramalkan kerajaan akan memberi fokus utama kepada perbelanjaan pengguna berbanding pelaburan.

Hal ini kerana faktor pilihan raya umum dijangka mendorong kerajaan untuk meningkatkan dana ke syarikat-syarikat barangan keperluan asas pengguna.

Menurut ketua ekuiti pasaran di BNP Paribas Asset Management, Zhikai Chen, belanjawan tersebut mungkin akan menggariskan isu subsidi bersasar termasuk pemotongan cukai B40 dan pelaksanaan cukai barangan serta perkhidmatan.

Turut menyokong adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Areca Capital, Danny Wong, yang menjangkakan belanjawan tersebut dirangka untuk pemulihan Covid-19 dan meningkatkan pendapatan isi rumah.

Ulas beliau bahawa pelabur dijangka akan melihat lebih banyak langkah dan bantuan kerajaan kepada kumpulan berpendapatan rendah yang terkesan daripada tekanan inflasi.

Rentetan itu juga Chen mengulas bahawa pembentangan Belanjawan 2023 akan menjadi kayu pengukur tentang bagaimana kerajaan sedia ada membaca sentimen meluas pasaran.

Dalam pada itu, tumpuan kerajaan kepada perbelanjaan telah memberi kesan kepada pelaburan asing dalam negara.

Difahamkan, pelabur asing  mengurangkan pegangan dalam pasaran Bursa sebanyak RM1.5 trilion selama 14 hari berturut-turut iaitu penjualan terpanjangnya sejak Disember 2021.

Perkara tersebut secara tidak langsung membawa julat indeks KLCI menghampiri paras penurunan pasaran (bearish market).

Selain itu, berdasarkan sejarah belanjawan sepanjang 13 tahun lepas mencadangkan bahawa peratus keuntungan sebagai pembentangan adalah rendah.

Sungguhpun begitu, sektor pembinaan dijangka terus mendapat manfaat daripada perbelanjaan pembangunan selain sektor pengguna ekoran bantuan tunai kepada isi rumah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat