Ini Perkembangan Vaksin Covid-19 Untuk Malaysia!

995

Kementerian Kesihatan menjangkakan sekurang-kurangnya satu daripada 12 syarikat yang sedang membangunkan vaksin Covid-19 akan mengemukakan laporan klinikal pertamanya pada minggu depan.

Walau bagaimanapun, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah tidak mendedahkan nama syarikat yang dimaksudkannya. Tambahan daripada itu, kementerian berkenaan akan meneliti laporan tersebut sebelum membincangkan tentang keberkesanannya.

Selain itu, kementerian itu dikhabarkan masih belum mengkaji laporan klinikal rasmi mengenai sebarang vaksin Covid-19, yang merupakan langkah pertama yang diperlukan untuk memberikan kelulusan terhadap penggunaannya sebagai penawar Covid-19, walaupun Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan perjanjian yang dimeterai dengan Pfizer Inc untuk mendapatkan 12.8 juta dos vaksin dari syarikat farmasi berkenaan.

Di samping itu, mereka telah menemui sebanyak 12 syarikat vaksin yang kini dalam fasa-tiga ujian klinikal, tetapi hanya berjaya mengadakan rundingan dengan 10 syarikat tersebut.

Sementara itu, syarikat berkenaan juga perlu mengemukakan laporan mereka kepada Badan Pengawas Farmaseutikal Nasional (NPRA) dan Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) untuk mendapatkan lesen. Jika tidak dilesenkan, vaksin berkenaan tidak dapat dijual di Malaysia.

Bukan itu sahaja! Dr Noor Hisham juga menafikan bahawa Malaysia adalah subjek ujian atau ‘tikus makmal’ untuk penawar baru, sebaliknya sejumlah besar penyelidikan dan penilaian diperlukan sebelum menyetujui sebarang penggunaan vaksin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat