China Bengang Dengan AS!

422

China mendedahkan bahawa keputusan awal AS mendakwa China memberikan subsidi perdagangan kepada beberapa pengeksport dengan nilai yuan yang melanggar peraturan antarabangsa.

Kes tersebut dikaitkan dengan penyiasatan AS terhadap eksport kabel China, dengan Jabatan Perdagangan AS mengenakan tarif terhadap produk setelah menentukan bahawa pengeluar mendapat kelebihan yang tidak adil kerana mata wang. Oleh yang demikian, Kementerian Perdagangan China meminta agar pihak berkuasa AS menghentikan penyiasatannya, serta mempertikaikan keputusan awal negara berkenaan.

Menurut kementerian itu, langkah tersebut adalah melanggar peraturan antarabangsa yang relevan. Sehubungan dengan itu, AS perlu mempertimbangkan semula segala bukti dan maklum balas yang dikemukakan oleh China serta memperbetulkan keputusan mereka.

Tambahan daripada itu, tuntutan yang dikemukakan oleh AS mendakwa bahawa nilai tukar yuan kepada dolar dinilai rendah sebanyak 5% pada tahun 2019 adalah salah dan tidak disokong oleh analisis apa pun.

Berikutan dengan tuntutan berkenaan, AS telah memutuskan bahawa pengeksport kabel dari China menerima subsidi dari mata wang negara yang dinilai terlalu rendah dan mengarahkan agar ejen kastam Amerika untuk mengumpulkan deposit tunai dari pengimport produk itu dari China.

Pada bulan lalu, AS telah mengenakan sekatan yang sama terhadap eksport tayar kereta dan trak Vietnam, dengan alasan mata wang mereka yang terlalu rendah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat