Ini Sebab Mengapa Pengurus Bank AS Tidak Yakin Dengan Pemulihan Ekonomi A.S!

608

Prospek ekonomi Amerika Syarikat semakin kabur. Jalan yang bakal ditempuhi untuk pemulihan ekonomi masih belum jelas dan penuh ketidakpastian kerana jangkitan wabak Covid-19 terus mencatat peningkatan dan mengekang perniagaan dan aktiviti seharian rakyat A.S. Pandangan ini diutarakan oleh beberapa CEO bank di A.S.

Data-data positif mula ditunjukkan dalam sektor pekerjaan, jualan runcit dan perumahan sejak 2 bulan lalu. Namun sektor perbankan masih lagi bergelut dalam berhadap dengan impak krisis Covid-19.

Menurut ketua pegawai eksekutif Goldman Sachs Group Inc, David Solomon ialah ekonomi A.S telah menunjukkan peningkatan dalam ekonomi. Akan tetapi peningkatan kes jangkitan Covid-19 telah menghampat pemulihan ekonomi yang dicapai. Disisi lain,

Ketua Pegawai Eksekutif JPMorgan Chase & Co. Jamie Dimon juga berpendapat hal yang sama, iaitu beliau mezahirkan kesangsian bahawa kadar pertumbuhan ekonomi baru-baru ini akan bertahan. Malah Dimon berpendapat bahawa pertumbuhan ekonomi pada Julai berkemungkinan akan lebih buruk berbanding Mei dan Jun.

Bagi sektor pekerjaan, AS telah menambah sebanyak 7.5 juta pekerja dalam 2 bulan terakhir namun jumlah tuntutan pengangguran tetap tinggi iaitu sehingga mencapai 17 juta.

CEO Citigroup Inc , Michael Corbat melihat hubungan balas antara ekonomi-wabak melalui 4 tahap iaitu pengekangan, penstabilan, normalisasi dan akhirnya pertumbuhan. Fasa penstabilan akan merangkumi beberapa langkah pengekangan yang diterapkan ditarik kembali seperti penjarakan sosial. Fasa normalisasi hanya dapat dicapai jika vaksin telah ditemui. Setakat ini kes harian jangkitan Covid-19 terus meningkat sehingga mencecah 70,000 kes positif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat