Ini Yang Terjadi Pada Matawang Ketika Sesi Eropah

692

Dolar greenback mencatat sedikit kenaikan pada awal dagangan Eropah, tetapi kekal didagangkan di sekitar paras terendah dua minggu berbanding kebanyakan matawang utama.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama, diniagakan pada 90.41.

Kekecewaan terhadap bacaan inflasi yang lemah dan kenyataan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell terus memberi tekanan buat dagangan matawang gergasi itu di tengah-tengah sesi perdagangan yang perlahan berikutan cuti Tahun Baru Cina.

Powell mengulangi komitmen bank pusat untuk terus memberi sokongan kepada ekonomi dengan mengekalkan pendekatan dasar monetari semasa yang longgar untuk mencapai sasaran pekerjaan penuh.

Dalam pada itu, Lisa Cook, seorang ahli ekonomi yang dianggap berpendirian dovish, dilaporkan akan dicalonkan oleh Presiden Joe Biden, sebagai ahli jawatankuasa Fed.

Tumpuan pasaran kini terarah kepada penerbitan data tuntutan faedah pengangguran mingguan AS yang akan dikeluarkan pada malam ini dan dijangka menunjukkan penurunan berterusan.

Sementara itu di Eropah, Jerman terus melanjutkan lagi sekatan coronavirus walaupun kes harian telah mula menunjukkan penurunan. Matawang euro terus bertahan di atas paras harga 1.21000 berbanding USD.

Matawang pound sterling dilihat sedikit susut, namun kukuh di atas paras harga 1.38000, mungkin disebabkan oleh para pelabur yang mahu mengambil keuntungan selepas mendorongnya ke paras tertinggi lebih dua tahun.

Di sisi lain, matawang komoditi didagangkan stabil, menyusuli kelemahan dagangan US dolar, di tengah-tengah sesi perdagangan yang perlahan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat