Insiden Rusuhan Capitol, Trump Masih Ego

193

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ‘menegaskan’ ucapannya sebelum insiden rusuhan di Capitol tercetus, adalah ‘sangat wajar’.

Beliau berkata demikian sebelum berangkat ke Texas untuk lawatan rasminya bagi melihat tembok sempadan AS-Mexico.

Trump muncul buat kali pertama di khalayak ramai sejak rusuhan di Capitol yang mengorbankan lima mangsa dan puluhan lagi cedera termasuklah sekurang-kurangnya 60 orang anggota polis.

Susulan kejadian berkenaan, parti Demokrat di Kongres mahu memecat Trump kerana menyalakan ‘api kemarahan’ dalam kalangan para penyokongnya.

Insiden buruk itu turut menyebabkan puluhan orang ditahan.

Sewaktu ucapannya di hadapan para penyokongnya di Washington pada 6 Januari lalu, Trump mengulangi dakwaan wujud penipuan kiraan undi ketika pilihan raya Presiden tahun lalu dan menggesa penyokongnya untuk berhimpun di Capitol.

“Saya tahu semua orang yang berada di sini akan berarak ke bangun Capitol secara aman dan patriotik bagi memastikan suara anda didengari,” kata Trump dalam ucapannya itu.

Dewan Perwakilan dijangka akan mengadakan undian terhadap proses pemecatan Trump hari ini.

“Saya berpendapat prosedur pemecatan itu mencetuskan bahaya kepada negara kita dan mencetuskan kemarahan. Saya tidak mahu keganasan berlaku,” ujar Trump.

Demokrat mempunyai majoriti di Dewan Perwakilan dan berkemungkinan undian itu akan diluluskan. Sekiranya undian itu lulus, Trump akan menjadi Presiden pertama dalam sejarah AS yang dipecat sebanyak dua kali.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat