Itu Dia! Perak Naik, Emas Pun Ikut Melonjak!

591

Logam berharga emas meningkat ketika pasaran menuju sesi dagangan Eropah selepas para pelabur mula beralih ke aset safe-haven untuk mendapatkan perlindungan di tengah-tengah peningkatan kes coronavirus dan pelancaran vaksin yang lebih perlahan dari dijangkakan.

Spot emas meningkat lebih tinggi menjelang sesi Eropah pada $1,865 per auns, manakala niaga hadapan emas pula kukuh pada $1,867 per auns (2.30 petang waktu Malaysia).

Kekacauan dalam pasaran saham AS antara hedge fund dan pelabur runcit sejak minggu lalu turut membantu peningkatan bagi logam kuning itu.

Kenaikan ini menyusuli peningkatan komoditi perak yang telah melonjak ke paras tertinggi 5 bulan berikutan gerakan pembelian besar-besaran oleh golongan pelabur runcit untuk meniru langkah yang dibuat terhadap saham Gamestop sebelum ini.

Tumpuan pasaran kini terarah kepada pertemuan antara Presiden Joe Biden dan Republikan Senat untuk membincangkan mengenai pakej rangsangan AS pada hari ini.

Terdahulu, 10 wakil Republikan Senat telah meminta untuk bertemu Biden bagi mengusulkan cadangan alternatif yang dikatakan akan mendapatkan kelulusan Kongres dengan sokongan bipartisan sebagai salah satu usaha untuk menggantikan pakej bantuan $1.9 trilion bagi mengurangkan kos.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat