Jalin Kerjasama, Astro Bakal Tawarkan Kandungan Netflix

900

Astro Malaysia Holdings Bhd telah membentuk kerjasama dengan Netflix bagi menawarkan kandungannya ke dalam Astro.

Menerusi ketua pegawai operasi dan ketua pegawai eksekutif Astro, Euan Smith, kumpulan itu teruja dengan perkongsian dengan Netflix.

Tambahnya lagi, perkongsian tersebut menyaksikan aplikasi Netflix akan disertakan sekali ke dalam Ultra Box bagi memudahkan pelanggan menstrim kandungan tersebut dan diikuti dengan aplikasi Disney+ Hotstar dalam masa terdekat ini akan menjadikan mereka pengagregat nombor satu dan terbaik dalam perkhidmatan penstriman di Malaysia.

Ciri-ciri baharu yang menarik pada Ultra Box membolehkan pelanggan menikmati lebih banyak rancangan tempatan kegemaran mereka dan sukan secara langsung daripada Astro dan kini termasuk semua Netflix Original, filem dan dokumentari Netflix. Penambahan baharu yang menarik ini disertakan bersama kerjasama berterusan dengan Disney+ Hotstar , HBO GO, iQIYI dan TVB Anywhere+ serta dengan lebih banyak rakan kongsi penstriman akan diumumkan dalam beberapa bulan akan datang.

Harga saham Astro menjunam 2 sen pada 95 sen telah menjadikan jumlah permodalan pasaran RM5 bilion. Saham tersebut merosot sejak akhir Jun dengan penurunan 20% daripada kemuncak tahun ini sebanyak RM1.19 walaupun terdapat 11 pensyor ‘buy’ berbanding 2 panggilan ‘hold’ dan 1 pensyor ‘sell’.

Astro kekal mendapat tarikan menurut penganalisis perlaburan kerana hasil dividen yang tinggi melebihi 7%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat