Jangan Lupa Untuk PM Saya, Selepas Skim Forex Itu Lingkup

146

“JANGAN LUPA UNTUK PM SAYA, SELEPAS SKIM FOREX ITU LINGKUP”

Permulaan trading tahun 2016 ni bermula agak lewat iaitu pada bulan Feb. Bulan Jan 2016, busy dengan Moshed.com dan bila busy banyak perkara sure trading akan terganggu. Jadi ambil keputusan start lewat sikit untuk akaun Low Risk ni.

Alhamdulillah, permulaan yang baik. Hanya 13 trade ticket dibuka dengan drawdown 1.18% untuk February 2016. Bagi saya 6.38% sudah cukup bagus untuk permulaan tahun 2016 ni. (rujuk gambar di atas)

Kebelakangan ini, saya lihat penuh News Feed FB tentang ada abang dan kakak kecewa, mengadu kena tipu dengan skim-skim berasaskan nama forex. Leader lari. Leader hilang dan sebagainya. Masa jumpa mulut manis, beri harapan, macam adik beradik eratnya. Tetapi lepas program bungkus, terus hilang tak nampak muka.

Berapa amount yang mereka mahukan sebulan? 10%, 11% atau 12% sahaja sebulan. Tak banyak mana pun, bukanlah boleh dapat 1000% sebulan. Kenapa “gelap mata”?

Contohlah mereka dapat 10% sebulan. Modal locked pula tu, tak boleh withdraw. Kiranya mereka perlukan 10 bulan untuk breakeven iaitu dapat modal balik. Dalam 10 bulan tu macam-macam boleh terjadi. Risiko atas duit dan masa. Program tu anytime boleh lingkup. Kenapa modal locked? Sebab modal anda digunakan untuk bayar orang sebelumnya.

Mereka lupa perkara paling berharga adalah “masa”.

Tetapi ada yang kata, kalau taknak tunggu, carilah orang, ajak rakan join, dapat komisen, nanti boleh cover modal balik. Begitulah drama yang terjadi, berulang-ulang ditipu. Sedangkan mereka lepas 10 bulan baru boleh capai untung, itupun selepas penat segala emosi dan minda, berteka-teki adakah program ni dapat bertahan ataupun tidak.

10 bulan. Dalam 10 bulan ni macam-macam boleh buat. Kalau belajar bersungguh-sungguh dalam forex trading yang betul, jaga betul-betul Money Management. Slow-slow trading, saya yakin yang lepas 10 bulan mereka akan dapat pelbagai ilmu. Ilmu analisa teknikal, fundamental, ekonomi, trading dan sebagainya. Macam-macam. Dengan ilmu-ilmu tu, mereka boleh gandakan duit mereka anytime-anywhere, lebih dari kebanyakan “investment tools” yang “ada dipasaran”.

Tetapi kenapa ramai yang masih join skim-skim ini. Puncanya “malas”. Malas ambil tahu, malas nak kaji tentang “apa itu real forex trading”, malas ini, malas itu, tetapi duit nak. Cita-cita jadi jutawan pula tu. Kalau anda “malas” belajar forex, tiada jalan singkat. Terus jangan terlibat. Pergi buat kerja lain, mungkin business lain. Dalam forex tiada erti kata malas.

Kalau anda betul-betul nak dapatkan 10%-15% sebulan dari duit yang anda “sanggup invest”, saya sarankan belajarlah “apa itu real forex trading”. Ia bukanlah suatu yang mustahil setakat nak dapatkan around 100% setahun, lebih kurang skim yang anda join tu juga. Yang penting, dengan belajar “ilmu trade forex yang betul”, anda boleh manage portfolio anda sendiri. Tiada risiko atas orang, tak kena cari orang, tak perlu meeting leader dan sebagainya. Gandakan duit anda sendiri, diam-diam sorang-sorang diri. Hanya anda dan market.

Ia bukanlah sesuatu yang mustahil. Kalau tak percaya apa yang saya cakap ini, silakan join “skim forex anda itu.” Dan selepas 10 bulan nanti, selepas skim forex itu sudah ranap, jangan lupa untuk PM saya tanya khabar.

Saya tak marah. Kita boleh jadi kawan. Saya tahu yang sebelum ini anda tak betul-betul tahu tentang forex, dan 10 bulan lagi baru anda sedar. Jangan lupa PM saya ya.

Kepada rakan-rakan traders, kasihanlah rakan-rakan anda yang anda tahu join skim-skim sebegini rupa. Nasihatlah mereka, tetapi jangan berkecil hati kalau mereka “marah” anda. Normal tu! Mereka akan sedar suatu hari nanti, dan anda akan menjadi tempat “rujukan forex” jika mereka masih berminat dalam industri yang mencabar ini.

Sila SHARE status ini kepada semua rakan-rakan anda, halang mereka dari terjebak.

“KAMI REAL FOREX TRADER, 5-15% SEBULAN dari REAL FOREX TRADING, BUKANLAH MASALAH BAGI KAMI”

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat