Jeff Bezos Tak Kisah Pun Jual Sahamnya Lebih $3 Bilion

494

Pemilik Amazon, Jeff Bezos pada minggu ini dilaporkan telah menjual saham syarikatnya yang bernilai lebih daripada $3 bilion.

Ini bukan kali pertama jutawan itu bertindak demikian. Pada Februari lalu, Bezos menjual saham firmanya yang bernilai lebih daripada $4.1 bilion, diikuti keputusannya menjual lebih $3.1 bilion saham pada Ogos.

Keseluruhan aset beliau yang telah terjual bagi 2020 setakat ini mencatatkan jumlah lebih $10.2 bilion, satu rekod yang menarik perhatian kerana jumlah saham berjaya dijual Bezos pada 2019 cuma $2.8 bilion.

Namun, tindakan beliau itu langsung tidak memberi kesan kepada jumlah saham yang dimilikinya. Bezos masih mempunyai 53 juta saham yang bernilai hampir $170 bilion dan berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai individu paling kaya di dunia.

Menurut Securities and Exchange Commission (SEC), urusniaga yang dilakukannya merupakan sebahagian daripada rancangan perniagaan 10b5-1.

Sebelum ini Bezos ada memberitahu jualan saham Amazon mencecah sekitar $1 bilion setiap tahun adalah disumbangkan kepada syarikat roket miliknya, Blue Origin.

Bukan setakat itu sahaja, pada Februari lalu figura itu melancarkan Earth Fund yang bernilai $10 bilion sebagai usaha menangani kesan perubahan iklim, yang mana akan mengeluarkan geran kepada barisan saintis, aktivis dan beberapa organisasi berkaitan.

Terdapat juga dakwaan Bezos akan menyerahkan $100 juta kepada setiap organisasi ini; Nature Conservancy, Environmental Defense Fund, Natural Resources Defense Council dan World Wildlife Fund.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat