Jepun Sahut Cadangan Jerome Powell, Gesa Perundangan Ketat Terhadap Stablecoins!

325

Stablecoins juga kini menjadi perhatian penyelia Jepun apabila dikhabarkan akan memperketatkan undang-undang terhadap aset tersebut.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang baharu sejak gabenor bank pusat Jepun mengkritik kripto dan Binance pula berhadapan dengan amaran kerana beroperasi tanpa lesen.

Malah, barisan menteri kewangan dalam G7 dan G20 sebelum ini juga pernah menggesa pengenalan perundangan yang lebih luas terhadap stablecoins.

Keputusan pengerusi Federal Reserves, Jerome Powell semalam nampaknya berjaya ‘mempengaruhi’ tindakan Jepun terhadap stablecoins.

Menurut Powell, jika mahu aset tersebut diterima dalam sektor pembayaran, perlu ada undang-undang ketat terhadap stablecoins memandangkan Amerika Syarikat (AS) masih belum ada rangka kerja untuk aset itu.

Kesungguhan Jepun dalam memantau pasaran kripto di negara itu dapat dilihat dengan kewujudan jabatan baharu yang ditubuhkan oleh Agensi Perkhidmatan Kewangan (FSA). Usaha ini juga berkait rapat dengan penubuhan yen digital yang masih dalam pemerhatian dekat dan dijangka selesai pada akhir 2022.

Selain AS dan Jepun, China juga mengkritik stablecoin, menyifatkan aset itu mengundang ancaman terhadap keselamatan kewangan dan kestabilan sosial negara.

Manakala pengarah fintech Bank of England (BOE) mendakwa stablecoins jauh lebih selamat berbanding Bitcoin dan perlukan pertimbangan khusus sebelum mencapai apa-apa kesimpulan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat