Joe Biden Paranoid, Khuatir 3 Serangan Siber Rusia Ini Serang AS

907

‘Cuak jugak Biden dengan 3 serangan siber ni.’

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menyeru syarikat-syarikat persendirian dan organisasi-organisasi di negara Uncle Sam untuk ‘mengunci platfrom digital’ mereka kerana pasukan perisikan mendakwa Rusia sedang merancang serangan siber.

Pihak berkuasa siber United Kingdom (UK) juga dilihat menyokong seruan White House dengan menyatakan keperluan ‘meningkatkan langkah berjaga-jaga’ walaupun tidak dapat mengemukakan bukti kukuh mengenai rancangan serangan siber tersebut.

Pihak Rusia telah memberi maklum balas mengenai perrtuduhan yang dilemparkan dengan menyatakan ia adalah *Russophobic.

*Sentimen anti-Rusia yang bersikap prajudis terhadap semuanya yang berkaitan dengan negara itu.

Umum mengetahui bahawa Rusia merupakan antara kuasa besar serangan siber, di mana ia memiliki pelbagai aset serangan siber dan penggodam (hacker) yang mampu mengganggu dan memusnahkan ketenteraman siber.

Buat masa ini, Ukraine dilihat tidak menghadapi masalah dengan serangan siber oleh Rusia, namun, pakar khuatir mengenai kemungkinan Moscow memulakan serangan siber terhadap sekutu Kyiv.

Menurut Jen Ellis dari frima keselamatan siber Rapid7, amaran Biden seperti tidak masuk akal, terutamanya apabila Barat memperkenalkan lebih banyak sekatan dan menjangkakan hacker campur tangan dalam pencerobohan adalah tidak sesuai dengan rancangan mereka.

Walau bagaimanapun, berikut adalah antara hacker yang digeruni Biden.

  • Penggodam yang menyasarkan infrasuktur penting
    • Pada tahun 2015, kumpulan penggodam BlackEnergy telah menyerang grid eletrik Ukraine.
    • Ia telah menyebabkan gangguan bekalan tenaga kepada lebih 80,000 pelanggan.
    • Setahun kemudian, kumpulan Industroyer telah mengganggu 1/5 bekalan tenaga Kyiv.
  • Penggodam yang memusnahkan perisian komputer
    • Kumpulan serangan siber yang paling digeruni.
    • Merosakkan perisian disebalik kemas kini perisian perakaunan popular yang digunakan di Ukraine.
    • Pernah menyebabkan kemusnahan sistem komputer di seluruh dunia, 300,00 komputer di 150 negara dengan virus WannaCry sehingga menyebabkan kerugian sebanyak $10 bilion.
  • Penggodam yang menggangu bekalan.
    • Didalangi oleh sekumpulan penggodam tebusan DarkSide yang berpangkalan di Rusia.
    • Kumpulan ini menyebabkan beberapa negeri AS isytiharkan darurat pada Mei 2021 kerana ia menggodam saluran paip minyak utama.
    • Telah menerima $4.4 juta dalam bentuk Bitcoin yang sukar dikesan oleh syarikat saluran paip sebagai habuan tebusan.
    • Kumpulan perisian tebusan REvil telah menyerang JBS, firma pemprosesan daging lembu terbesar di dunia.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat