Jualan Runcit Australia Melonjak Lebih Dari Jangkaan Pasaran

70

Jualan runcit Australia melonjak semula lebih dari jangkaan pada April selepas kemerosotan dua bulan berturut-turut sebelum ini.

Jualan runcit meningkat sebanyak 1% pada April berbanding kejatuhan 0.2% pada bulan sebelum itu seperti yang dilaporkan oleh Biro Statistik Australia. Jangkaan bagi data kali ini ialah kenaikan 0.3%.

Jualan dalam komponen makanan meningkat 0.2%. Manakala jualan di kedai kafe dan restoran naik 0.4%.

Tren jualan meningkat di wilayah-wilayah seperti Victoria, New South Wales, South Australia, Sydney dan Tasmania.

Dolar Australia naik 0.2% sejurus selepas data ini dikeluarkan pukul 9.30 pagi tadi ke paras 0.7454 sebelum menjunam semula ke paras rendah.

Jangkaan terhadap perbelanjaan runcit semakin merosot tahun ini dengan data-data suku pertama menunjukkan perdagangan runcit sebagai salah satu daripada sektor yang banyak mengalami kejatuhan.

Dalam laporan berlainan, NAB (National Australia Bank) menyatakan Australia berhadapan dengan “kemelesetan runcit,” di mana industri ini berkembang pada kadar yang terendah sejak lebih dari empat tahun lalu.

“Data kali ini mengukuhkan data-data sebelum ini yang juga menunjukkan gambaran yang kurang memberangsangkan dalam pertumbuhan perbelanjaan pengguna pada suku pertama,” kata Ketua Penganalisis Ekonomi NAB, Alan Oster dalam laporan yang dikeluarkan pada Rabu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat