Jutawan Egypt Jangka Harga Minyak Mentah Bakal Meningkat Sehingga $100 Dolar!

1,914

Ketika Warren Buffet melihat syarikat penerbangan tidak membawa keuntungan ketika wabak Covid-19 menyerang dunia, jutawan Egypt iaitu Naguib Sawiris bertindak sebaliknya apabila dia merancang untuk membeli saham syarikat penerbangan.

Sawiris, pengerusi dan pegawai eksekutif Orascom Investment Holding percaya walaupun krisis besar melanda dunia, terdapat peluang cerah di dalam industri penerbangan, pelancongan, perhotelan dan teknologi internet.

Begitu juga pendapatnya terhadap harga minyak yang dilihat kritikal. Menurutnya, peperangan harga yang berlaku antara pemimpin OPEC Arab Saudi dan Rusia merupakan satu perancangan yang telah dihitung untuk membunuh industri syal di Amerika Syarikat (A.S).

Pada Mac lalu, OPEC dan pengeluar minyak utama telah gagal untuk mencapai kesepakatan dalam menghadkan pengeluaran minyak ketika berlaku penyusutan permintaan minyak mentah kerana Covid19.

Sebelum kata sepakat dicapai dalam usaha mengurangkan 9.7 juta tong sehari pada April lalu, harga minyak mentah ketika itu telah mencapai paras terendah dalam tempoh 18 tahun.

Susulan daripada perkara ini, Sawiris menjelaskan walaupun kesepakatan berjaya dilakukan pada ketika itu, harga minyak tetap akan jatuh kerana pengurangan penggunaan. Namun, tidak seteruk tahap ini.

Beliau berpendapat tindakan mereka meneruskan perbalahan itu bertujuan untuk mengalahkan pesaing. Cara itu dilihat akan melonjakkan harga minyak melebihi $50 hingga ke $60 dolar. Justeru, beliau yakin dalam tempoh 18 bulan dari sekarang harga minyak akan melonjak $100 dolar.

Selasa lalu harga minyak mencatatkan peningkatan sebanyak 20% seiring dengan pembukaan semula ekonomi dunia setelah berbulan tergendala dan dijangkakan permintaan juga akan kembali pulih.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat