Kadar Faedah Dikekalkan! Bank Pusat Kanada Isyaratkan Perubahan Dalam Program Rangsangan!

201

Bank of Canada (BoC) telah mengambil keputusan pada hari ini untuk mengekalkan kadar faedah utamanya dan langkah mengurangkan impak Covid-19 juga dibiarkan tidak berubah. Walaubagaimanapun BoC memberi isyarat bahawa pihak mereka sedang bersiap sedia untuk mengubah program pelonggaran kuantitatif.

Dalam pernyataan pada hari Rabu, kadar faedah telah dikekalkan pada kadar sebelumnya yang ditetapkan pada pertengahan bulan Julai iaitu pada kadar 0.25% seperti yang dijangkakan dan menyatakan pemulihan aktiviti ekonomi pada suku ketiga adalah lebih pantas daripada yang dijangkakan.

BoC menambah bahawa pemulihan ekonomi ke fasa berikutnya akan memerlukan lebih banyak sokongan dari dasar monetari. Ahli ekonomi di RBC Economic, Josh Nye berpendapat bahawa tidak begitu banyak perubahan nada dari pertemuan pada bulan Julai yang lalu namun data ekonomi adalah lebih baik dari jangkaan.

Bank pusat juga mengatakan akan meneruskan program pelonggaran kuantitatifnya, dengan pembelian aset berskala besar sekurang-kurangnya C $ 5 bilion ($ 3,8 bilion) setiap minggu sehinggalah pemulihan ekonomi terus bertambah baik.

Matawang dolar Kanada didangkan kukuh 0.4% berbanding US dolar susulan laporan dikeluarkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat