PBB Digesa Untuk Siasat China!

430

Lebih daripada 300 kumpulan hak asasi dan organisasi lain (NGO) meminta PBB hari ini untuk menjalankan siasatan antarabangsa terhadap pelanggaran hak asasi manusia Beijing, serta menuntut tindakan tegas daripada pertubuhan itu.

Dalam surat terbuka kepada Setiausaha Jeneral PBB Antonio Guterres, ketua hak asasi PBB Michelle Bachelet dan juga kepada negara-negara anggota, 321 kumpulan tersebut menggesa agar siasatan dijalankan kerana berlakunya pelanggaran hak asasi manusia oleh pemerintah China.

Masyarakat antarabangsa tidak sepatutnya berdiam diri dan membiarkan pihak berkuasa China mengabaikan hak asasi manusia di dalam dan luar negara.

Selain itu, mereka telah menekakan beberapa isu pelanggaran hak asasi di Hong Kong, Tibet dan terhadap etnik Uighur yang majoritinya beragama Islam di Xinjiang, serta penipuan maklumat penting berkenaan COVID-19, dan serangan terhadap pembela hak, wartawan, peguam dan pengkritik kerajaan di seluruh negara.

Tambahan daripada itu, mereka juga menyatakan kebimbangan terhadap kesan pelanggaran hak asasi China di seluruh dunia, yang turut melibatkan tapisan internet dan pengawasan digital.

Di samping itu, sebuah tuduhan telah dikemukakan bahawa China juga menjejaskan kebebasan akademik di negara-negara di seluruh dunia, dan mengecam perlakuan rasis rakyat China, termasuk yang berada di luar negara.

Bukan itu sahaja! Beijing juga didakwa sedang berusaha untuk memutarbelitkan mandat Majlis Hak Asasi Manusia PBB dengan menentang inisiatif untuk mengawasi pelanggaran hak asasi manusia dan kejahatan antarabangsa dengan serius di negara-negara di seluruh dunia.

Walau bagaimanapun, jurucakap kementerian luar negeri China, Zhao Lijian mengatakan bahawa tuntutan yang dibuat oleh organisasi ini tidak berasas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat