Kedegilan Trump Boleh Sebabkan ‘Government Shutdown’

424

Kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengenai kemungkinan beliau tidak akan menandatangani pakej bantuan telah mencetuskan kebimbangan bahawa negara itu mengalami ‘government shutdown.

Sekiranya ini berlaku, pejabat-pejabat kerajaan yang dikategorikan tidak penting ditutup atas faktor kekurangan dana.

Apabila operasi kerajaan bergerak perlahan atau dihentikan, ianya akan menjejaskan perniagaan dalam sektor kerajaan, serta seluruh ekonomi juga turut menerima kesan yang sama.

Walaupun Trump tidak mengatakan secara terang-terangan akan memveto rang undang-undang (RUU) perbelanjaan koronavirus untuk kerajaaan $1.4 trilion, tetapi beliau boleh mencegahnya daripada menjadi undang-undang, melalui ‘pocket veto’.

Pocket veto adalah perundangan yang memungkinkan presiden atau pegawai lain yang mempunyai kuasa veto, menggunakan kuasa tersebut ke atas undang-undang dengan tidak mengambil tindakan atau dalam kata lain, menyimpannya dalam poket mereka.

Trump kini mempunyai masa sehingga 28 Disember atau Isnin depan untuk menandatangi RUU tersebut menjadi undang-undang, government shutdown akan berlaku pada 29 Disember.

Dalam pada itu, susulan daripada kenyataan Trump yang meminta agar bantuan untuk dinaikkan kepada $2,000, Speaker Dewan Pelosi menyambut baik gesaan tersebut dan mengatakan Demokrat bersedia untuk meningkatkannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat